Tuesday, 29 May 2012

Pernah ada pendidikan perpaduan?

 Sejak dibangku sekolah lagi kita mendengar perkataan perpaduan, bersatu dan sebagainya. Adakah kita tahu apa itu sebenarnya perpaduan? Agak cliché kalau diberi maksud berdasarkan kamus dewan sebenarnya. Hakikatnya itu adalah permulaan kebanyakan penulisan berbentuk akademik. Tidak mengapalah.

Menurut kamus dewan, perpaduan itu mempunyai kata dasarnya iaitu ‘padu’. Padu pula bermaksud bersatu, bercampur menjadi satu, bermuafakat dan beberapa perkataan lain yang panjang; malas nak tulis. Tetapi pointnya disini cuma perpaduan itu menunjukkan kesatuan.

Selaras dengan motif wujudnya idealogi dari perdana menteri kita, iaitu konsep 1 Malaysia yang sememangnya ingin mejuwudkan kesatuan dalam kalangan penduduk Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum. 

Tapi sejauh manakah konsep 1 Malaysia ini berkesan? Ramaikah yang tahu apa sebenarnya konsep 1 Malaysia ini atau anda salah seorang yang terikut-ikut sorakan ‘1 Malaysia’ tanpa tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan?  Secara jujurnya idealogi 1 Malaysia TIDAK BERKESAN dalam konteks Malaysia sekarang. Kenapa?

Banyak faktor sebenarnya. Tetapi apa yang artikel ini mahu jelaskan adalah sistem pendidikan di Malaysia.

Kenapa dengan sistem pendidikan di Malaysia?

Sistem pendidikan di Malaysia sebenarnya dicorakkan oleh politik. Bermaksud, sistem pendidikan kita mengikut perkauman dan tidak lagi memupuk semangat kesatuan dan perpaduan seperti yang kita jangka. Lihat sendiri parti politik kita di Malaysia yang berpaksikan perkauman dan yang menyatupadukan mereka hanya dengan ideologi untuk memajukan Malaysia ni sebagai tempat tinggal dan tanah kelahiran mereka disamping menjaga hak-hak kaum masing-masing.

Siapa yang patut dipersalahkan?

Kita perlu susuri sejarah negara Malaysia atau lebih terdahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu. Kita dijajah selama 446 tahun. Penjajahan dimulai dari tahun 1511 di Melaka oleh Portugis dan seterusnya penjajah silih berganti antaranya Belanda, British dan Jepun sehinggalah kita merdeka pada era kolonial British pada tahun 1957. 

Apa yang kita pelajari di sekolah bahawa Inggeris itu sebenarnya membantu kita membangunkan negara ini. Mereka memberi sokongan dalam bentuk nasihat dan kita sedikit sebanyak menggunakan sistem pemerintahan, pendidikan dan seumpa dengannya seperti yang dianjurkan Inggeris. Inggeris bagus, tolong kita masa darurat. Inggeris bagus tolong bagi garis panduan. Inggeris itu, Inggeris ini blablabla yadayadayada…

HOI! Buka mata, buka minda buka hati. Isu serius ni!

Jurang perkauman sudah lama wujud dari zaman sebelum merdekanya Malaysia. Perpecahan kaum di pedalaman dan bandar sangat banyak bezanya. Melayu dan bumiputra di kampung-kampung, Cina di lombong-lombong dan bandar, India di estet-estet.

Siapa yang letak macam tu kalau bukan penjajah Inggeris. Setuju?

Siapa yang corak negara Malaysia sampai jadi macam sekarang kalau bukan Inggeris? Setuju?

Bukan niat untuk menjelaskan kesalahan silam. Persoalannya bagaimana hendak memperbaiki kesemua kerosakan dan permasalahan ni seterusnya menghilangkan jurang perkauman di Malaysia?

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”

Wujudkan sistem pendidikan yang menyeluruh dan sama rata. Tiada lagi sekolah vernakular berpaksikan perkauman. Hilangkan semua tuntutan oleh sesetangah NGO yang bersifat perkauman. Jangan demonstrasi macam puk*. Jangan ada unsur hasutan. Lantik guru-guru yang berkreadibiliti. Jangan nak beli cincin berjuta. Jangan asyik nak jual lembu saja sampai generasi-generasi muda terpinggir. Jangan cakap tak serupa bikin. Jangan buat janji palsu. Jangan korupsi. Tidak kiralah gay atau biseksual, pokok pangkalnya itu semua tolak tepi. Darah kita tetap sama merah. 

Memang lama nak wujudkan kesatuan di Malaysia tapi itu tak mustahil. Buat satu dulu. Nanti baru cerita lebih. Mentaliti tu…

PS: Lepas ni baru post pasal isu debat PTPTN

0 expression:

Post a Comment