Tuesday 29 May 2012

Pernah ada pendidikan perpaduan?

 Sejak dibangku sekolah lagi kita mendengar perkataan perpaduan, bersatu dan sebagainya. Adakah kita tahu apa itu sebenarnya perpaduan? Agak cliché kalau diberi maksud berdasarkan kamus dewan sebenarnya. Hakikatnya itu adalah permulaan kebanyakan penulisan berbentuk akademik. Tidak mengapalah.

Menurut kamus dewan, perpaduan itu mempunyai kata dasarnya iaitu ‘padu’. Padu pula bermaksud bersatu, bercampur menjadi satu, bermuafakat dan beberapa perkataan lain yang panjang; malas nak tulis. Tetapi pointnya disini cuma perpaduan itu menunjukkan kesatuan.

Selaras dengan motif wujudnya idealogi dari perdana menteri kita, iaitu konsep 1 Malaysia yang sememangnya ingin mejuwudkan kesatuan dalam kalangan penduduk Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum. 

Tapi sejauh manakah konsep 1 Malaysia ini berkesan? Ramaikah yang tahu apa sebenarnya konsep 1 Malaysia ini atau anda salah seorang yang terikut-ikut sorakan ‘1 Malaysia’ tanpa tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan?  Secara jujurnya idealogi 1 Malaysia TIDAK BERKESAN dalam konteks Malaysia sekarang. Kenapa?

Banyak faktor sebenarnya. Tetapi apa yang artikel ini mahu jelaskan adalah sistem pendidikan di Malaysia.

Kenapa dengan sistem pendidikan di Malaysia?

Sistem pendidikan di Malaysia sebenarnya dicorakkan oleh politik. Bermaksud, sistem pendidikan kita mengikut perkauman dan tidak lagi memupuk semangat kesatuan dan perpaduan seperti yang kita jangka. Lihat sendiri parti politik kita di Malaysia yang berpaksikan perkauman dan yang menyatupadukan mereka hanya dengan ideologi untuk memajukan Malaysia ni sebagai tempat tinggal dan tanah kelahiran mereka disamping menjaga hak-hak kaum masing-masing.

Siapa yang patut dipersalahkan?

Kita perlu susuri sejarah negara Malaysia atau lebih terdahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu. Kita dijajah selama 446 tahun. Penjajahan dimulai dari tahun 1511 di Melaka oleh Portugis dan seterusnya penjajah silih berganti antaranya Belanda, British dan Jepun sehinggalah kita merdeka pada era kolonial British pada tahun 1957. 

Apa yang kita pelajari di sekolah bahawa Inggeris itu sebenarnya membantu kita membangunkan negara ini. Mereka memberi sokongan dalam bentuk nasihat dan kita sedikit sebanyak menggunakan sistem pemerintahan, pendidikan dan seumpa dengannya seperti yang dianjurkan Inggeris. Inggeris bagus, tolong kita masa darurat. Inggeris bagus tolong bagi garis panduan. Inggeris itu, Inggeris ini blablabla yadayadayada…

HOI! Buka mata, buka minda buka hati. Isu serius ni!

Jurang perkauman sudah lama wujud dari zaman sebelum merdekanya Malaysia. Perpecahan kaum di pedalaman dan bandar sangat banyak bezanya. Melayu dan bumiputra di kampung-kampung, Cina di lombong-lombong dan bandar, India di estet-estet.

Siapa yang letak macam tu kalau bukan penjajah Inggeris. Setuju?

Siapa yang corak negara Malaysia sampai jadi macam sekarang kalau bukan Inggeris? Setuju?

Bukan niat untuk menjelaskan kesalahan silam. Persoalannya bagaimana hendak memperbaiki kesemua kerosakan dan permasalahan ni seterusnya menghilangkan jurang perkauman di Malaysia?

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”

Wujudkan sistem pendidikan yang menyeluruh dan sama rata. Tiada lagi sekolah vernakular berpaksikan perkauman. Hilangkan semua tuntutan oleh sesetangah NGO yang bersifat perkauman. Jangan demonstrasi macam puk*. Jangan ada unsur hasutan. Lantik guru-guru yang berkreadibiliti. Jangan nak beli cincin berjuta. Jangan asyik nak jual lembu saja sampai generasi-generasi muda terpinggir. Jangan cakap tak serupa bikin. Jangan buat janji palsu. Jangan korupsi. Tidak kiralah gay atau biseksual, pokok pangkalnya itu semua tolak tepi. Darah kita tetap sama merah. 

Memang lama nak wujudkan kesatuan di Malaysia tapi itu tak mustahil. Buat satu dulu. Nanti baru cerita lebih. Mentaliti tu…

PS: Lepas ni baru post pasal isu debat PTPTN

Debat terbuka wajarkah?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pelbagai khabar angin yang kurang enak melibatkan parti politik antara kerajaan dan pembangkang. Tidak perlu terkejut kerana itu adalah antara bahang pilihan raya yang dijangkakan akan diadakan pada bulan 6 akan datang. Adakah benar khabar angin ini? Sejauh mana sahihnya khabar angin sebegini?

                Persoalan dalam artikel kali ini bukan disebabkan bunga- bunga pilihan raya seperti dikhabarkan, tetapi apa yang ingin dinyatakan disini adalah wadah pembawakan ideologi parti politik masing-masing.

                Contohnya baru-baru ini debat yang dianjurkan oleh Sinar Harian yang melibatkan dua ikon politik yang besar namanya mewakili parti politk masing-masing iaitu Yang Berhormat Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO dan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, En. Mohd. Rafizi Ramli. Mereka berdebat mengenai suatu isu. Isu yang sangat mempengaruhi para pengundi dari golongan bergelar mahasiswa dan mahasiswi. Isu Pembiaan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


                YB Khairy bersungguh-sungguh berhujah untuk menentang pemansuhan PTPTN dengan alasan bahawa negara akan jatuh bankrap sekiranya pendidikan dijadikan percuma. Berbeza dangan En. Rafizi yang menyokong ideologi pendidikan percuma dengan hujah, negara sebenarnya mampu sekiranya kewangan negara ditadbir dengan telus dan mengurangkan pembaziran.

 Banyak lagi isu-isu dan cadangan dari kedua belah pihak yang sebenarnya boleh diterima akal. Dihujung perdebatan YB Khairy merumuskan bahawa ideologi pendidikan percuma itu hanyalah angan-angan dan apa yang menjadi masalahnya hanya ujrah atau upah kos pengurusan yang mana sebanyak 1% itu. Berbeza antara En. Rafizi yang 100% yakin bahawa pendidikan boleh dijadikan percuma dalam negara Malaysia dan diakhiri dengan ungkapan “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

Sebenarnya PTPTN ini bukan isu yang besar. Tidak besar seperti apa yang rata-rata fikir. Memang ramai rata-rata para pelajar memohon PTPTN tetapi hanya 6% yang bermasalah untuk membayar semula pinjaman itu. Golongan tersebut sebenarnya yang dijadikan manifesto parti-parti politik tempatan kononnya mereka boleh membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh golongan pasca siswazah tersebut. Sangat tidak bertanggung jawab. Timbul persoalan, ikhlaskah mereka dalam perjuangan mereka?

Berbalik semula kepada wadah penyebaran ideologi parti politik dengan berdebat. Sememangnya debat mengenani isu PTPTN ini mendapat respon hangat tidak kira dari golongan muda mahupun tua. Mereka mengikuti secara rapi dari permulaan sehingga akhir perdebatan tersebut. Dua-dua wakil dari parti politik masing-masing dengan yakin turut menyebarkan manifesto masing-masing untuk pilihanraya akan datang. Inilah apa yang rakyat mahu.

Perdebatan ini sebenarnya bagus. Bagusnya kerana ada tiga sebab utama. 

Yang pertamanya ialah jalan untuk para rakyat untuk mendapatkan maklumat. Sebelum ini mereka hanya dapat informasi dari media massa yang rata-rata dikuasi oleh kerajaan dan internet yang belum pasti sahihnya. Jelas menunjukkan bahawa debat kali ini sememangnya dinanti-nantikan rakyat kerana maklumatnya pasti sahih kerana disampaikan oleh orang yang berkelayakkan. Tiada unsur sorok kerana perdebatan itu disiarkan secara langsung dari lokasi ke kaca television rakyat.

Yang keduanya ialah perdebatan ini boleh dipanjangkan ke dewan rakyat untuk dibahaskan sehingga satu seputusan dicapai. Perdebatan kali ini hanya sebagai pengenalan kepada rakyat mengenai apa sebenarnya masalah dan cadangan penyelesaian kepada masalah isu ini. YB Khairy dan En. Rafizi dilihat mempunyai 1 matlamat yang nyata sama iaitu ingin menjadikan Malaysia sebagai negara yang lebih baik pada masa akan datang. Tidak mustahil satu keputusan yang memuaskan hati dua-dua pihak dapat dicapai.

Yang ketiganyanya ialah kebaikan kepada para penonton untuk berfikiran lebih luas, kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah. Tidak salah bahawa setiap individu terebut mempunyai pendirian dan pandangan yang berbeza-beza. Kita dapat lihat ini melalui pelbagai media sosial di internet seperti blog, Facebook, Twitter yang dijadikan tempat meluahkan pendapat semasa dan selepas debat ini berlangsung. Ada yang menyokong idea pendidikan percuma dan tidak kurang menentang. 

Secara kesimpulan, debat ini sepatutnya diadakan lagi pada masa akan datang supaya isu-isu yang lebih panas dan berat dapat dikupas. Ini kerana debat sebegini menjadi wadah kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat, boleh dipanjangkan dan dibahaskan ke peringkat lebih jauh dan memberi peluang kepada penonton untuk berfikir secara lebih terbuka.


Persoalannya disini mengapa debat secara terbuka sebegini dapat dilihat di hujung ura-ura pilihanraya umum akan datang? Mengapa tidak sebelum ada ura-ura pilihanraya atau sebelum demonstrasi PTPTN dahulu? Sangat terdesak nampaknya dua-dua parti politik untuk memenangi pilihanraya. Ada jaminankah bahawa perjuangan kedua belah pihak tersebut sebenarnya ikhlas untuk membangunkan Malaysia. Sama sahaja. Seperti periuk mengata bontot kuali hitam.

PS: Ada post belum naik kerana masih dalam proses 'cari gali' dalam PC. Sebab komputer baru tukar.

Isu barangan kawalan: Apa yang perlu kita tahu?

Malaysia sememangnya dalam proses dalam membentuk negara maju. Namun, adakah kita sedar bahawa pemikiran kita masih lagi tertutup jika dibandingkan dengan negara-negara maju, Eropah dan Asia yang lain? Tambahan apabila membangkitkan isu dan hak-hak berkaitan dengan kepenggunaan. Terdapat hak, etika dan akta dalam undang-undang Malaysia yang melindungi pengguna yang masih tidak diketahui oleh masyarakat terutamanya remaja dan golongan pasca-graduan yang baru bekerja. Artikel ini akan membincangkan salah satu akta dalam undang-undang Malaysia iaitu Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sebelum berkata lebih mendalam mengenai Akta Kawalan Bekalan 1961, tahukah bahawa kita tergolong dalam golongan pengguna? Pengguna di dalam kamus dewan bermaksud orang yang menggunakan sesuatu; pengambil faedah daripada sesuatu benda. Ini bermakna sesiapa yang membeli dan mengguna sesuatu produk barangan atau perkhidmatan adalah pengguna.

Akta Kawalan Bekalan 1961 atau nama ringkasnya Akta 1961 adalah antara 6 akta termaktub dalam undang-undang Malaysia yang melindungi hak-hak pengguna di Malaysia. Akta ini berfungsi untuk mengawal bekalan barang-barang yang telah diisytiharkan sebagai barang kawalan. Contoh barang-barang kawalan adalah barang keperluan seperti gula dan minyak masak. Ini bertujuan untuk memastikan barangan kawalan tersebut boleh diperoleh di pasaran oleh semua lapisan masyarakat.

Selain itu, wujudnya akta ini adalah untuk membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang ke atas peniaga-peniaga yang melakukan aktiviti seperti menyorok barang atau enggan menjual barangan kawalan kepada pengguna. Aktiviti haram ini bertujuan untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda supaya harga pasaran melambung naik atas sebab permintaan yang banyak.

Akta 1961 berperanan besar dalam menjaga hak-hak pengguna untuk mendapatkan keperluan asas. Ini kerana barang-barang yang diklasifikasikan sebagai barangan kawalan tersebut adalah barangan keperluan harian. Contohnya seperti ayam, gula, minyak masak dan tepung gandum adalah barangan makanan yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Barangan-barangan kawalan tersebut turut mempunyai harga yang wajib dipatuhi oleh semua peniaga dan telah ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Harga tersebut dikenali sebagai harga syiling. Para penjual tidak boleh sama sekali menjual barangan kawalan tersebut melebihi dari harga syiling yang ditetapkan. Sekiranya arahan ini diingkari, peniaga tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti denda atau penjara.

Isu krisis minyak masak pada awal tahun ini merupakan contoh terbaik untuk mengaplikasikan Akta 1961. Kekecohan timbul berikutan laporan daripada media massa tempatan mengenai kekurangan bekalan minyak masak dalam pasaran tempatan seterusnya mendapat perhatian oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Ada laporan mengatakan wujudnya segelintir pihak yang bertindak menyorokkan minyak masak dan menunggu pengumunan oleh kerajaan untuk kenaikan harga minyak masak demi mengaut keuntungan secara berlebihan.

Perkara ini diberi perhatian serius oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob dan semua simpanan minyak masak dikeluarkan bagi mengelakkan pembelian panik oleh orang ramai. Pasaraya besar turut melakukan catuan bekalan minyak ke atas pembeli sebagai langkah memastikan bekalan minyak masak dapat diagihkan sama rata kepada pengguna di musim perayaan Tahun Baru Cina pada ketika itu. Beliau turut memberi jaminan bahawa mana-mana peniaga yang bertindak menyorokkan barangan kawalan tersebut tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang.

Selain daripada isu kekurangan bekalan minyak, isu popular yang sering berlaku setiap kali musim perayaan tiba adalah isu kekurangan bekalan gula. Pada awal Ogos 2009, kita dikejutkan dengan penemuan sebuah gudang yang menempatkan sebanyak 23.8 tan metrik gula di Perlis. Isu ini acap kali berlaku dan ramai percaya bahawa perkara ini didalangi pihak yang tamak dan tidak berfikir mengenai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

Jadi, apakah tanggungjawab kita sebagai pengguna untuk menangani isu-isu bekalan barangan kawalan tersebut? Adakah kita perlu menyerahkan seratus peratus masalah ini kepada pihak berkuasa untuk membuat tindakan? Sebagai pengguna, kita harus mengetahui tanggungjawab kita sebagai pengguna.

Kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna harus dipupuk dalam diri. Kita juga harus terlibat sama dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna tidak terabai. Selain itu, anggap perbuatan kita sebagai pengguna adalah tanggungjawab sosial atas kesedaran terhadap masyarakat dan rakyat Malaysia. Akhirnya kita sebagai pengguna haruslah bersatu-padu untuk membendung masalah ini supaya tindakan menyorokkan bekalan dan menaikkan harga barang kawalan sesuka hati tidak dilakukan pihak-pihak tertentu.

Kesimpulannya, Akta Kawalan Bekalan 1961 ini diperlukan bagi memastikan hak-hak pengguna seperti hak untuk mendapatkan keperluan asas terpelihara. Kejadian seperti isu gula dan minyak masak patut dijadikan iktibar supaya Malaysia kekal menjadi negara yang stabil ekonominya dan rakyatnya terpelihara.
Ps: Post ni pun patut dah lama ada. Oh, Kenapa aku ni lambat post?...

Monday 28 May 2012

Lagu ‘Bawaku pergi’ berpengaruh ke?


Beberapa minggu lepas negara kita telah dikecohkan dengan berita yang meimbulkan kontroversi yang sangat hangat.Berita pengharaman stesen radio tempatan menyiarkan lagu ‘Bawaku pergi’ nyanyian Zizan dan Kaka.
Ada khabar angin yang tidak pasti sahihnya memberitahu bahawa sepasang ibubapa membuat laporan bahawa anak diorang lari dari rumah sebab dengar lagu ni. Bila laporan ni sampai ke kementerian, terus kena ‘ban’ la lagu ni. Tapi masih je dengar lagu ni kat hot.fm. *mata keatas tangan ke dada*
Apa rasionalnya pengharaman lagu ni sebenarnya? Adakah ia boleh membantu menangani masalah sosial dalam kalangan remaja? Serius ke membantu? Atau semua ni berlaku sebab ada konspirasi untuk menjatuhkan Malique sebagai pengubah lagu tersebut?
Salah siapa sebenarnya masalah sosial remaja ni sebenarnya?
            Metaforanya kita boleh sifatkan sebagai anak-anak remaja ni seperti kain putih. Kain putih yang bersih. Tiada corak ataupun kotoran. Putih bersih seperti baru lepas dicuci dengan DAIA.
            Tapi, siapa pula yang mencorakkannya kalau bukan ibu bapa mereka? Dalam 24 jam kehidupan seorang remaja, berapa peratus masa dihabiskan dirumah bersama ibubapa berbanding di sekolah, bersama kawan-kawan dan mendengar lagu di radio atau melayari internet?
            Ibubapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak mereka. Jangan salahkan unsur-unsur luar jikalau anak itu perangai macam HANTU. Cermin diri tu. Apa silapnya didikan sampai jadi macam tu. Jangan main tuduh-tuduh sembarang.
            Kadang-kadang kita terlepas pandang kesilapan kita. Anak-anak perlukan perhatian. Mereka perlu bimbingan dan panduan untuk hidup dalam muka bumi ni. Didikan dari segi akademik sahaja tidak cukup. Kita didik dengan agama. Agama islam itu syumul. Cukup sempurna serba serbi.
            Tak payah kita salahkan lagu ni. Tak payah kita tuding jari ke siapa-siapa. Tak payah tak payah tak payah! Cermin diri tu dulu.

ps: Baru post bnd ni... Sepatutnya dah lama post.... :D