Friday 7 December 2012

Palestin dan Malaysia

The war that never ends~

Ada beberapa minggu lepas semasa hangat isu Israel dan Palestin dibincangkan sama ada dalam kaca telivision ataupun radio. Tu dimedia arus perdana. Dekat internet lagi dahsyat dia punya penangan. Ramai respon dengan perkara ini dengan dana yang penuh emosi.

Rata-rata respon yang diberikan oleh pengguna laman sosial seperti facebook dan twitter mengeji tindakan rejim Zionis. Ada yang share gambar anak-anak kecil main api jadi yatim piatu, hilang tempat tinggal dan lagi dahsyat bila ada yang share kaki tercabut, kepala terburai ape-ape tah lagi.

Tapi tahukah kita bahawa tanggungjawab kita bukan semata-mata jatuhkan Israel laknatullah dan membebaskan Palestin?

Susulan serangan Israel terhadap Palestin tersebut, beberapa badan NGO dalam Malaysia membuat satu gerakan kesedaran dan menganjurkan pelbagai aktiviti sebagai respon kepada serangan itu. Antara program yang mendapat sambutan hangat ialah boikot McDonald Malaysia.

Boikot McDonald Malaysia

Pada peringkat awal, aktiviti memboikot McD seluruh Malaysia ni berjaya. Memang kau-kau kena beb. Ramai tak makan McD sebab tahu dan sedar akan aktiviti pemboikotan ini.

Gambar: Daengselili


Kenapa McD?

Itu persoalan yang bermain dalam kepala aku. Kemudian persoalan itu dijawab oleh satu blog yang aku terjumpa semasa google benda ni. Blog tu ade quotes kata-kata pengerusi Aqsa Syarif:

"McD Malaysia membayar franchisee fees kpd McD Corp USA"

Ye. Ini tidak dinafikan. Sesiapa yang belajar bisness mesti faham bahawa ada persetujuan antara franchisee dengan franchiser bahawa mereka perlu membayar sejumlah wang kepada franchiser untuk kekal dalam program franchisee mereka.

Penangan boikot ni besar beb! Penangan boikot ni buat banyak restoran McD seluruh Malaysia ni lengang dengan orang. Sampai satu tahap, pihak pengurusan McD ni terpaksa keluarkan disclaimer untuk counter benda ni.

Sumber gambar BeritaSemasa

Dahsyat betul kesan boikot ini.

Tidak Konsisten

Inilah yang berlaku dalam kes boikot ini. Ramai pada awalnya semangat dengan apa yang dilakukan mereka. Tapi hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam. Semuanya sekejap hanya selepas dengan notis disclaimer ini dipasang dan disebarkan merata tempat.

Konklusi

Kesimpulannya, aku juga termasuk dalam golongan yang tidak konsisten itu. Tetapi pada awalnya aku tidak mengambil peduli pun mengenai aktiviti pemboikotan McD tu. Sebab aku rasa useless semua effort yang dibuat.

McD bayar cukai untuk negara kita. Maknanya ada juga duit McD yang untung tu kita guna untuk membangunkan negara kita. Kalau kita terus boikot McD, tak mustahil negara kita akan turut terjejas. Ini yang pertama untuk alasan aku sendiri tidak mengikuti aktiviti boikot ni.

Yang kedua, kebanyakkan pekerja dalam McD tu adalah bangsa kita sendiri. Bangsa Melayu yang beragama Islam. Tak ke itu turut memberi kesan sedikit dekat ekonomi kita? Aku cakap macam ni sebab aku pun pernah kerja restoran yang orang kata yahudi. Aku kerja kat KFC suatu ketika dahulu. Beri kesan sebab tak boleh OT sebab nak kurangkan kos operasi bagai. Pada yang tak merasa susah nak cari kerja tu tak boleh la nak kata apa. Just put your self in their position. Be more empathy.

Ketiganya, kenapa jumut sangat perangai orang Malaysia ni? Apesal ramai yang limitkan unsur Jihad kepada satu benda? Kenapa tidak fikir secara kreatif? Takkan boikot satu-satunya jalan untuk menentang orang Yahudi Zionis ni? Macam aku, aku ada cara aku sendiri untuk menentang Zionis secara senyap-senyap tapi insyaallah berkesan.

Aku ambil satu contoh la yang betul-betul dekat dengan kita. Sejarah memerdekakan negara kita. Adakah Tunku Abdul Rahman itu mengangkat senjata dan berperang seperti pahlawan-pahlawan kita lain? Cara perjuangan Tunku sendiri berbeza dengan kebanyakkan orang pada ketika itu. Pendeta Za'ba sendiri menggunakan unsur penulisan untuk 'berperang'. Kenapa kita tidak berfikiran begitu?

Keempat, aku memang tak makan McD selalu. Sebab McD mahal. Lagi mahal kot dari kafe fakulti aku. Serius mahal harga makanan dekat kafe fakulti aku walupun itu bukan McD. Tapi tu cerita lainlah. AHAHAHA!

Itu saje perkongsian aku pada kali ini. Dah lama tak menulis untuk isu-isu serius begini. Aku tak seperti seorang sahabat seperguruan aku, Akmal Redzwan yang sanggup ke Gaza untuk program kemaknusiaan disana. Moga-moga kau selamat pulang wan. Insyaallah. God speed.

Sumber: ashraffnazrin

Wednesday 29 August 2012

Kesian brader kena samun ni

Malaysia sekarang masih belum merdeka sepenuhnya.

Dalam keghairahan kita menyambut kemerdekaan yang ke-55 tahun ini, masih lagi ada warga Malaysia yang belum merdeka. Mereka masih merelakan diri mereka dijajah oleh anasir-anasir luar yang jahat dan tidak bermoral. Mereka masih belum merdeka peribadi dan akhlak lagi.

Malam tadi aku terjumpa video dari seorang pensyarah aku. Sir Nurulanuar share satu video yang membuat aku rasa seperti mahu memaki dan mencarut seketika. Video ni boleh bikin sesetengah orang takut, risau, sedih, gembira atau marah. Dapat kat aku, memang lah marah.

Perhatikan video ini


Jika diperhatikan ulasan yang terdapat dalam video itu jelas menunjukkan beberapa orang yang terdapat dalam video itu bukan menolong mangsa, tetapi turut serta menonton drama TV yang real depan mata mereka. Apa yang kurang mereka tidak membawa 'popcorn' untuk dimakan ketika siaran berlangsung.

Rata-rata komentar dari laman youtube mengutuk sekeji-kejinya si lahabau penonton drama murahan tersebut. Apa yang kita tahu itu hanya dari sarikata yang disertakan dalam video yang terang-terangan mengutuk penonton-penonton itu tadi. Kenapa kita nak adili mereka yang kita tidak tahu kebenarannya 100%? Kita ada disitukah masa kejadian itu berlaku?

Mungkin rata-rata akan bermonolog;

"Apehal la diorang tak tolong benda depan mata macam ni? Samun tu!"

atau

"Kalau aku la jadi orang-orang kat situ, konfemlah aku tolong"

Persoalannya kenapa ramai taknak menolong mangsa tersebut?

Mungkin penonton tersebut adalah orang yang tak tahu apa-apa mengenai kejadian itu. Sampai-sampai dah tgk masing-masing bertekak, kang kalau masuk campur konfem-konfem kena beduk. Ye dok?

Mungkin penonton tersebut terlalu pengecut untuk berkata apa-apa dan hanya mampu berdoa akan keselamatan mereka supaya jangan jadi mangsa?

Mungkin mereka takut berada dalam rancangan WAKENABEB?

Atau mungkin penonton tersebut langsung tak ambil perduli apa yang berlaku sekeliling mereka?

Kita mungkin akan meletakkan beban salah kepada para penonton di stesen minyak tersebut kerana tidak membantu mangsa yang sedang disamun. Namun adakah kita terfikir bahawa kesalahan boleh juga diletakkan kepada mangsa. Jangan fokus kepada penonton sahaja.

Mungkin mangsa tidak menjerit untuk meminta pertolongan kepada orang2 disekeliling?

Mungkin mangsa dan suspek hanya bergurau kasar sampai sanggup luka, lebam dan mampu bertindak ganas?

Mungkin mangsa rasa mampu tewaskan suspek tanpa perlu pertolongan dari orang lain?

Mungkin mangsa telah mencuri motor itu terlebih dahulu dan tuan motor itu (suspek) telah menjumpainya dan merampas semula haknya?

Atau kita semua telah dikencing hidup-hidup sehingga mempercayai video tersebut melambangkan ketidakprihatinan rakyat Malaysia?

Apa yang peliknya;

1. Kenapa mangsa tidak mencabut kunci motornya dan terus berlari meminta pertolongan?
2. Kenapa berusaha juga untuk menghidupkan enjin motornya walaupun sudah tahu mangsa berada dalam keadaan disamun?

Ada banyak lagi kita boleh rungkaikan dengan hanya menonton video selama 7 minit lebih ni. Tapi, apa yang pentingnya kita wajib berhati-hati walau dimana jua kita berada. Jangan tanam sifat pentingkan diri atau assabiah sangat. Kelak tak berkat hidup kita.

Tuhan tu maha adil. Kalau kita tolong orang, kita akan dapat balasanya. Walaupun bukan cash, mungkin dalam bentuk lain dan kalau bukan kat kita mungkin kat bini kita, anak kita atau keturunan kita.

Selamat hari raya dan menyambut hari kemerdekaan ke-55.

Wallauhualam~

Sunday 5 August 2012

MOY Publication Lanun?

Baru je baca satu isu. Bukan isu politik seperti sebelum-sebelum ni. Kali ni mengenai isu hakcipta.

Mesti korang pernah dengar MOY Publication. MOY dulu feymes dengan majalah lawak antarabangsa UJANG sewaktu ketika dahulu. Teringat masa kecik-kecik dulu, selalu kelepet majalah ni masa lawat abang sepupu sampai kena marah cilok sikit bawak balik rumah.

Tak kesahlah, tapi apa yang dikaborkan dalam blog kulupsakah.blogspot memberitahu bahawa ada karya yang diulang cetak oleh MOY ni menyingkirkan nama tuan punya idea asal. Ramai kartunis mengundur diri dari MOY atas sebab karya intelek mereka tidak di akreditasi dengan betul sewaktu dengannya.

Antara kartunis yang menerima nasib malang itu adalah Aie dan saudara Ibrahim Anon (Ujang).

Tak patut betul diorang buat macam ni kan. Makan rezeki haram je kerja. Dah jelas dan nyata makan duit haram. Patut karya dari MOY semakin suram nampaknya kini. Rata-rata orang tua-tua je beli Ujang dan anak-anak muda bertukar arah kepada sesuatu yang lebih santai dari majalah seperti novel grafik dan komik.



Ps: Aku tak baca UJANG sebab aku lebih berminat pasal game dan anime. Aku pilih GEMPAK sebab isi dia yang aku suka. UJANG masih ada peminat walaupun majalah TUA dan dah extablish lama dalam Malaysia. Aku rasa tak patut gila MOY buat macam tu.

Source from: Kulupsakah.blogspot

Thursday 2 August 2012

Rafizi vs The Law

Media arus perdana kini banyak menyiarkan cerita yang berat sebelah. Berat sebelah punya cerita ni bukan baru, dari zaman Tun Dr. M pun dah banyak. Press freedom macam gampang.

Ramai tahu saudara Rafizi dah kena tahan dibawah akta BAFIA sebab bocorkan maklumat mengenai NFC. Tapi tak lama lepas tu website NFC kena hack.

Now NFC stands for, Nation For Cow



Menurut anak sungai derhaka, kumpulan yang menggelar diri mereka SGP Cyber Army bertanggungjawab atas penggodaman yang bertujuan untuk membuka mata seluruh rakyat Malaysia mengenai menyelewengan kerajaan.

Penyelewengan bukan sebarangan punya penyelewengan katanya, double standard, penguatkuasa yang tidak berintegriti ketika bertugas dan macam-macam kiasan dan tuduhan yang ramai tidak tahu mungkin kerana dihidup dalam penipuan media arus perdana kot.

Apalah yang kita boleh buat kerana kalau kita tegur dikatakan fitnah, tak ditegur dikatakan tuli. Kita tak boleh nak lemparkan tuduhan sebarangan tanpa bukti kukuh dan sahih. Sejauh mana kebenaran dalam kes NFC ni? Kita biarkan sahaja pihak berwajib menjalan tugas mereka. Tetapi, kalau ikutkan penguatkuasa pun kadang kala tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna. Betulkah?

Boleh jadi kita takkan tahu 100% kebenaran kes NFC dan Rafizi ni. Mungkin telah ditutup semata-mata menjaga sesuatu pihak atau memang apa yang diceritakan dalam media kini itulah kebenarannya??...

Bolehkah PDRM, SPRM dan sekutunya dipercayai? Banyak kes-kes melibatkan orang-orang kenaaman didiamkan. Contohnya seperti kes Khir Toyo. Apesal beliau tidak disumbatkan dalam penjara kerana kes rasuah dulu? Kenapa beliau bebas? Mungkin kerana jasa-jasa beliau semasa mentadbir kerajaan negeri Selangor?

Banyak persoalan boleh dikorek lagi dari 1 kes melibatkan 1 kes yang lain.

PS: Aku tengok kerajaan makin goyah kepimpinan parti komponennya dan pembangkang pula terpaksa bersatu dalam kumpulan Pakatan Rakyat walaupun lain-lain perjuangan semata-mata nak jatuhkan BN. Realitinya Malaysia jadi macam ni sebab penjajah letak nilai ras-ras lebih utama berbanding agama. Mangsanya kita. BODOH!

Gambar dari ASD

Thursday 19 July 2012

Si tamak mengikut si buduh

This is sarcasm post. #LULZ

Hari ke hari, bulan ke bulan kita tunggu. Kita tunggu apa? Tunggu kerajaan bagi duit la. Kita manusia mana pernah puas. Pepatah selalu pernah berkata "orang tamak selalu rugi". Tapi lebih tepat sekarang "orang tamak selalu bernasib baik tak kantoi". Kali ni kita cerita pasal kes-kes orang tamak dekat Malaysia.

Terpandang 1 post dekat blog GAP. Dia cerita pasal bersuara. Bersuara sebab kita ada hak untuk bersuara. Bersuara sebab kita ada wadah untuk bersuara. Bersuara sebab kita dikurniakan akal dan kebolehan untuk bersuara.

Tapi bila sampai satu tahap kita dah TAMAK untuk bersuara. Semua benda kita nak takluk, kawal dan kuasai. Contoh terdekat, media arus perdana.

TV 1, TV 2, TV 3, TV8, NTV 7, TV 9, Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro, The Stars, dan macam-macam lagi media-media yang popular dalam Malaysia ni. Semuanya dikuasai oleh kerajaan.

Jadi, mana pembangkang nak bersuara?

Internet.

Media yang masih belum dapat dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Internet digunakan sehabis baik sehingga mampu membuat tsunami dalam politik pada tahun 2008. Sangat cekap dan efisyen. Mana perginya media kerajaan yang dipungpang-pungpang?

Orang tamak selalu rugi.

Kita sembang pasal kerajaan dah, sekarang kita tengok ketamakkan parti-parti pembangkang. Sehingga saat ini post-post dari blog-blog pro PR ni semedang mengutuk usaha-usaha DSNR. Usaha-usaha dimaksudkan seperti BR1M, KR1M, spot R1M dan macam-macam lagi lah benda yang DSNR buat dengan mengutarakan idea 1 Malaysia.

Orang tak tahu bersyukur dengan apa yang ada. Tu tak kena, ni tak kena. Kalau hulur, ambik juga. Tak malu betul.

BR1M dibuat, katanya pancing undi. Ish! DSNR buat tu ikhlas nak tolong rakyat. Ni bukan melobi. Melobi tu bukan cara DSNR untuk pancing undi. Itu politik kotor. Guna duit untuk pancing undi. Rakyat tak pandang semua tu.

KR1M dibuat, katanya tu semua nak untungkan kroni. Kroni ke untungkan rakyat? Rakyat tu bukan kroni ke? Duit yang dibelanje kat kedai tu pusing balik kat rakyat. Hang pa memang tak tau bersyukuq. Tak ke fikir berapa ramai dapat manfaat dari tu?



Balik-balik rakyat jadi mangsa. Elok-elok benda tu dah ada, jadi takda. Maka kenalah dengan konsep yang dibincangkan dari tadi, "orang tamak selalu rugi".

Monday 16 July 2012

Bawa telifon bimbit kesekolah: Rasional?

Malas nak cerita pasal US buat masa sekarang sebab kes US dah slow dekat media arus perdana. Nanti je la post update pasal US. Cerita terbaru dia dah pun bebas atas jaminan PDRM. Mungkin polis dah dapat keterangan dari US untuk membantu siasatan atau....

Noyaaaa

Berbalik kepada tajuk post ni iaitu pasal telifon bimbit. Kenapa tetiba nak cerita pasal telifon bimbit pula?

Tidak beberapa lama sebelum tergerak hati nak tulis pasal ni, ada orang post kat FB gambar ni dan mintak pendapat.


Gila untung budak sekarang. Eh, ni bukan suka-suka punya kes la. Post dari TV kot. TV kerajaan kot. Takkan la kerajaan nak tipu?

Ada beberapa sebab yang munasabah nak kaitkan pasal isu ni. Kalau ikut logik akal ni la.

1. Sebab keperluan.

Dulu mana ada telifon bimbit ni. Semua telipon pakat melekat kat tiang telipon atau terletak atas meja kat kediaman, opis dan seangkatan dengannya. Penting kalau digunakan bertempat.

2. Sebab penting ketika kecemasan

Kalau ada kecemasan alat yang pertama ramai orang cari adalah telifon. Dah dapat telefon baru cari benda-benda lain. Sebabnya nak minta bantuan dulu.

3. Sebab memudahkan guru sendiri.

Alah. Konfem lah cikgu-cikgu kat sekolah lepas ni text je ketua kelas untuk buat kerja. Tak payah terus jumpa. Dari bilik guru terus boleh text. Bukan tak kenal perangai guru-guru pemalas ni.

Haaa...

Tu baru tiga sebab. Banyak lagi kebaikan bawa telifon bimbit kesekolah ni. Yang menjadi masalahnya hanya bila kemudahan telifon bimbit ini digunakan di kelas. Maklumlah sekarang semua dah canggih. Silap-silap ada yang jadi "cam whore" dalam kelas tersengih-sengih mintak kaki dalam gambar.

Tu je yang kita perlu latih diorang. Guna kemudahan bertempat. Tapi rasanya bendai ni boleh dibuat disekolah menengah. Sekolah rendah belum lagi kot. Sebab diorang terlalu muda. Biarkan mereka seronok bermain galah panjang, konda kondi, congkak, batu seremban, polis sentri dan Xbox 360 dulu.

Lagi satu mungkin sebab sekolah ramai perampok yang suka curi barang menyebabkan ramai antara cikgu-cikgu pening kepala dengan kehilangan gajet-gajet kecil seperti talifon bimbit ni. Betul juga tu. Tapi la kan, masa nilah nak latih anak-anak muda bertanggungjawab. Mula dengan benda kecil dulu. Kalau dulu mak-mak kita kasi bela ikan emas untuk latih bertanggungjawab, sekarang bela telifon. Canggih betul.

Kesimpulannya, ni adalah satu langkah proaktif kerajaan Barisan Nasional yang 1 Malaysia sangat. Bagus la Dato Sri Najib Razak ni. Lepas ni mansuh la pula uniform untuk semua sekolah. Boleh pupuk daya saing kreativiti pula. #LULZ

Monday 9 July 2012

Dah terhantuk Baru Terngadah


HAHAHAHAHA!

Gelak besar bila teringat pasal ni. Kalau anda semua nak tahu kenapa, mari baca blog GAP. Kelakar betui. Dah macam cerita lawak yang skripnye dah ditulis oleh tttuuuuttttt. Nak tahu lebih lanjut, boleh semak post-post sebelum ni.

Tapi sebelum tu kena tahu la pasal isu apa sekarang. Isu brader UncleSeekers (US). Kena baca blog US ni dulu.

Dua-dua ada masalah. Punca pun dari dua-dua. Perangai nohorom.

GAP keluarkan post yang menangkis apa yang ditulis oleh US hanya SELEPAS US ditangkap. Apelah slow sangat. Apesal dah terkeluar taik baru nak dari toilet nak berak? Watefak!

 US pulak, apesal nak tunggu kena tangkap baru nak dengar cerita dari pihak lagi satu? Nak penjelasan pasal isu Kamal dengan cara macam ni? Haaa dah dapat. Padan muka.

Oh yea. Ada kekeliruan kat sini. GAP bagitahu yang Kamal Hisham (KH) ni upah US untuk kononnya 'menuntut keadilan' keatas KH. Tapi, hakikatnya KH ni pun ada buat hal dengan US ni pada awal kes ni. Jadi, betul ke KH ni upah US untuk kononnya 'menuntut keadilan'?

Apa nak cakap lagi? GAP baru buat first post setakat ni. Ada banyak lagi kot nak dirungkai. Tapi slow la korang buat kerja. Dah suam-suam kuku baru nak cerita. Korang bikin ini isu makin panas. Meraih populariti dalam kalangan blogger? Boleh jadi juga. Sebab cerita ni tak keluar kat TV dengan surat khabar. Sikit je keluar.


"Aku percaya lebih ramai Uncleseekers diluar sana yang tak perlu jaga nama baik parti. Aku juga percaya lebih ramai Uncleseekers diluar sana yang dah meluat dengan perangai Sultan dan Raja-Raja yang tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai pemimpin umat Islam. Nak tunggu apa? Kita semua Uncleseekers. Dan apabila seorang Uncleseekers ditahan kerana menyatakan kebenaran….apakah kita hanya duduk diam?" - MediaPerak.com

Kebenaran hanya bertanya pada sebelah pihak?
Apa yang US perjuangkan?
Mamai ke ape?

Mari kita sama-sama tunggu sambil baca blog ilmiah penulisannya macam Che Det neh
Gambar ikhsan Mr. G

Sunday 8 July 2012

Ralat template blog

Hokeh!

Ni terlepas pandang sejak sekian lama. Tarikh dekat post semua sama. Kena tukar template. Soo, jangan terkejut lepas perubahan berlaku.

Gampey punya template. Gampey la gak aku g pilih template neh. :P

Kebenaran tidak akan tidur (ayat papazolla)

Opps... Mintak maaf la sebab post lepas sentuh pasal kekebalan UncleSeekers tau tau dah kena cekup.

Kat Malaysian Digest keluar cerita pasal respon ayah UncleSeekers. Haish! Macam macam la sekarang ni.

"Berani kerana benar"

Ni lah yang antara ayat dalam artikel tu. Ini merujuk kepada apa yang berlaku keatas UncleSeekers sekarang kata ayahnya. Diorang tak heran pun anaknya macam tu sebabnya dia tahu apa yang dia buat. Bukan budak-budak lagi kot. Dah layak jadi bapak budak dah pun.

Tapi UncleSeekers terlalu extrim sangat gayanya dan pihak yang terkena pun nampak gayanya macam paranoid. Ada juga sumber khabar angin yang tidak sahih ceritanya cakap yang UncleSeekers ni cabar pihak terbabit untuk membuktikan kepalsuan apa yang ditulisnya.



Berani gilo.

Oh yea. Hari ni aku menulis terpaksa juga menggunakan kata ganti nama 'aku' sebab aku menulis ni 100% dari pengalaman dan kajian sendiri. Sejauh mana benarannya, kupaslah sendiri.

Aku tanya mak aku pasal kes UncleSeekers (US) ni. Dia punya jawapan membuatkan aku rasa terkejut jugalah. Jawapan dia berdasarkan kenalan, saudara-mara dan kerana telah menetap di Johor selama 23 tahun. Aku tanya pasal isu Tengku Yem.

Apa yang diceritakan oleh US tu BETUL. Yang mana sewaktu usia mudanya lebih extrim dari anaknya sekarang, Tengku Is. Teguk arak, berfoya-foya dan macam-macam lagilah yang teruk. Nasib baik Tengku Yim bertemu jodoh dengan permaisuri Johor sekarang dan aktiviti maksiat beliau berhenti secara perlahan-lahan.

Aku faham apa yang hendak disampaikan kepada pembaca blog US. US sebenarnya nak bagi rakyat-rakyat sedar apa yang rakyat Johor sanjungi itu hanya manusia biasa. US pun sebenarnya berniat untuk membebaskan Kamal Hisham. Tapi dari satu ke satu misteri diungkap.

Sekarang yang aku pelik, ape pasal pulak lah timbul isu US isap dadah? Ape ingat kami rakyat peduli semua tu? Hauk weei!

Menurut blog C++ yang US ni dibelasah dalam lokap. Itu hanya khabar angin. Hanya yak bebal je yang percaya benda ni 100%.

Aku rasa kes US ni ada konspirasi dibuat. Kenapa konspirasi? Sebabnya kes ni kes profil tinggi melibatkan raja dan orang-orang kenamaan. Gilo. Duit, semua sebab duit. Ada duit, mulakan perang pun boleh.



Tuntasnya, tak payah lah ungkit kisah-kisah lama. Masa silam Khalifah Umar sebelum memeluk Islam, para sahabat lain pun tak canang satu dunia. Dia (Tengku Yem) dah berubah, biarlah. Betulkan apa yang tidak sekarang. Macam US kritik mufti, Tengku Is dan sekutu-sekutunya. Itu bagus. Mana yang bagus kita ikut, yang buruk jadikan tauladan. Kita tunggu jelah apa hasil siasatan PDRM. Moga-moga kebenaran yang menang.

Sunday 1 July 2012

Muak dah baca blog barua PR dan balaci BN

Tiada kesudahan...

Perang blog kini semakin menjadi-jadi kini di ruangan maya. Mana taknya, ada yang berpendapat bahawa ini adalah khabar angin. Ada juga yang kata mereka ingin menjatuhkan kerajaan lah bagai. Apa-apa pun, mereka semua ini kebanyakkannya telah ditipu oleh kebanyakkan pemimpin yang mereka sanjungi sendiri.

Kenapa ini semua berlaku? Pernah tak kita selidik apa salah kita dahulu sebelum menuding jari kepada diri kita sendiri? Buat lah SWOT analysis dahulu sebelum serang orang lain.

Tidak percaya? Kita lihat sendiri seperti blog-blog ditulis oleh barua PR dan balaci BN seperti ISA, Ronasina, Omak Kau!!!, Anak Sungai Derhaka, GAP dan beberapa blog yang lain tidak dapat disebut kerana malas tahap dewa. Pointnya disini adalah sama. Masing-masing kutuk parti lawan dan dalam masa yang sama apa yang mereka ingin buktikan?

Kutu-kutu barhak ini macam bercakap dengan cermin. Penulisan penuh emosi dan kadang kala boleh mencelarukan minda pembaca.

Apa kata kita buka mata, buka telinga dan buka minda masing-masing. Tengok pada satu sudut yang lain. Tengok dari sudut perspektif yang berbeza. Cuba baca blog ketua-ketua mereka. langsung tak sama. Walaupun ada sedikit persamaan dari segi emosional tapi sebloleh-bolehnya mereka hendak mengurangkannya.

Contohnya blog TGNA, TDMM, DSAI. Adakah betul-betul mereka yang menulis blog ini atau admin yang diarahkan untuk meng-update-kan blog-blog ini itu tidak dapat dipasti kesahihannya 100%. Pemerhatian disini adalah berdasarkan kualiti dan isi penulisan itu sendiri. Tersusun dan kemas. Ada isi dan mudah difahami.

Apa yang blog blog barua PR dan balaci BN tulis tu menyentuh isu-isu sensitif dan ada yang melibatkan perkauman. Sememangnya tidak boleh sentuh isu perkauman dari segi apa pun. Ah, apa pedulik itu semua. sedangkan ada sahaja blogger tulis mengkritik kerabat diraja tidak ditahan, inikan pula yang tulis pasal perkauman. Well, PDRM pun dah tak terbendung kes-kes jenayah fiskal ni, inikan pula nak sentuh blogger?

Siapa blogger yang dimaksudkan? Ni la dia Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai UncleSeekers

Ahahahahaha!

Apa-apa pun, tiada siapa akan tahu kewujudan blog kerdil di alam maya yang luas ni. Kebebasan untuk bersuara digunakan sehingga maksimum.

Friday 29 June 2012

Kena troll di majlis ceramah BN

Pilihan raya yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Jun katanya macam masih tidak kelihatan. Dah berapa banyak khabar angin mengatakan dari semenjak awal tahun. Ada kata bulan tiga, tunggu punya tunggu tak juga kelihatan. Lepas tu ada kata bulan 6, ni dah nak habis bulan 6 takda apa-apa pun.

Rasanya kita semua dah kena 'game' dengan kerajaan kot. Lantaklah, apa yang kita dengar tu semua hanya khabar angin. Benda belum sahih. Khabar angin berikutnya dikatakan akan berlangsung bulan 9. Ape-apejelah wahai DSNR.

Teringat satu cerita yang diturunkan oleh seorang saudara sepupu. Pada waktu itu sudah hampir-hampir musim PRU tahun 2008. Maka beliau pun pulanglah ke kampung sebelum pilihan raya dijadualkan berlangsung. Masa daftar pemilih dulu pilih tempat kat Bagan Datoh.

Dengan keinginan dan semangat untuk mengundi buat pertama kali, beliau berjalan-jalanlah sekitar kampung termasuklah masjid, kedai-kedai kopi termasuklah kedai jual surat khabar Mak Minah kat tepi padang Selekoh tu. Sembanglah beliau dengan Mak Minah;

"Yim, ko balik kampung ni ape kehainye?"
"Tak da ape Mak Minah. Saje je."
"Usoh le kamu nipu aku. Aku makan garam lagi dulu dari ko. Kalo takda sebab, takkan punyelah ko balik kampung neh. Neh, kerat jari Mak Minah ni kalau tak caye"

Selepas dipujuk rayu dan nyaris-nyaris dicium Mak Minah, beliau pun mengaku. Beliau balik ke kampung untuk survey-survey calon pilihanraya akan datang.

"Kau g la usha kat markas PR dengan BN tu. Kenal-kenal calon kawasan ni. Alah, diorang peramah. Dun wury lah."
"Haaa.... Yer la Mak Minah, Yim pergi la"

Maka dengan berkat informasi Mak Minah bagi, Yim pun pergilah ke Markas BN. Yim memilih untuk pergi ketika berlangsungnya sesi ceramah berbaur hasutan untuk memangkah BN. Tapi Yim dah lambat. Ceramah tu pun dah habis. Maka Yim pun pergilah bertanya kepada sekumpulan orang-orang yang rancak bersembang di sudut khemah itu.

"Assalamualaikum Pakcik Mail. Apa Khabar? Hensem bergaya lemak berkrim nampak. Ape cerr ni?"
"Ohhh. Baru je lepas ceramah ni. Mai la duduk Yim. Kita sembang-sembang."

Yim pun duduk. Dia disapa oleh Pak Meor.

"Kau buat apa sekarang ni Yim?"
"Tengah duduk ni ha pak Meor. Awat?"
"Bukan tu, ko kerja apa sekarang"
"Kerja kerji je Pak Meor"
"Lantak ko le Yim, malas dah aku tanya lagi. Seeeennntaaaap!"

Gelak besar orang-orang di situ dengan gelagat Pak Meor.

Yim memulakan pertanyaan. "Siapa calon PRU kali ni Pak Mail?"
"Halah Yim, mike toksah pikir banyak sangat. Mike pangkah je BN. Calon tu toksah pikir-pikir sangat."

Sentap hati Yim dengan statement laha Pak Mail. Ape dia ingat nak mengundi tu ikut pusat punya manifesto je?

Yim pulang dangan hampa.

Selang beberapa hari, Yim pun pergilah dekat PR punya markas. Mulalah sesi loyar buruk dengan orang kampung. Tapi kali ni dia dapat pengalaman yang berbeza. Apabila ditanya mengenai calon pilihanraya PR, dengan senangnya orang-orang disitu mengenalkan Yim dengan calon itu. Bahkan pada ketika itu, calon berkenaan turut melayan loyar buruk Yim.

"Ni la calon yang makcik ceritakan tadi. Baik orangnya, berbudi bahasa. Dulu pengetua sekolah. Tapi mintak bersara awal sebab nak tolong orang. Ko lepas ni kenalkan la dia kat orang-orang lain. Bukan orang lain pun. Jiran ko jugak."

Berbeza sungguh layanan dari kedua-dua parti politik tu. Rasa-rasanya lepas ni Yim pangkah sapa?

Cerita ni cuma lakonan semata-mata. Tapi kes kena troll pasal calon tu memang betoi terjadi dari pengalaman. Ada sebarang perkara nak share?

Wednesday 13 June 2012

Different opinions needs different media


Internets are the new method that people nowadays share information. The internet revolution spread fast through out the world today making it another phenomenon that give the impact on the other conventional media. Some people call it as new media. Although it is not mainstream however the impact is still there. There are certain way that internet support the dissident voice or opinion that are underground and unacceptable in mainstream media.

 
The freedom of writing or expressive opinion are the main interest upon talking about online writing. Anyone from anywhere can express their own idea, opinion or even to criticize on certain item that matters to them. They might some politician that uses the internet to gain the voters influence, an artist to display their work or an underground musician show off their talent. But the point is, online media give the opportunities for the minority that unable to penetrate the mainstream media to express their own idea.

Our local mainstream media neither printed media such as magazine or newspaper nor electronic media such as radio and television are being controlled by the government. The government control the media  to filter out unnecessary information from being transferred directly from the source to the audience. During the years when Tun Dr. Mahathir Mohammad ruled, Malaysian mainstream media had their hardest time of reporting the news. The news are being filtered out that there are some news are bias towards the governments especially in politics. Tun Dr. Mahathir once said “Who control the media, control the mind”. 

Because of the tight restrictions during that time, many of the minority that had no ways to conveying their thoughts turn out to write it on the web. The internet is so vast that the government unable to do some policy to control it. This creates an opportunities to other dissident voice that oppose the mainstream media ideas to express their thoughts.

As for an example that the online media support dissident voice is through Malaysian National General Election in 2008. During the time of Prime Minister Abdullah,  we see the governments restriction over the online media is still loose thus create an opportunity for the opposition party to gain the influence of their voters through internet. The mainstream media reporting the news that are bias ant not fully transparent are one of the factors that the people turn to internet to find information. The opposition have to do this way because their opinion are totally different from the mainstream media told the people.

As for the conclusion, online news media or some people call it as online journalism really support dissident voice that oppose the mainstream idea and give the minority to express their thoughts and opinions. Anyone from anywhere can write, show and present their ideas using internet as a new media.



Ps: I really need to improve the readability and legibility of this blog. Sigh!

Tuesday 29 May 2012

Pernah ada pendidikan perpaduan?

 Sejak dibangku sekolah lagi kita mendengar perkataan perpaduan, bersatu dan sebagainya. Adakah kita tahu apa itu sebenarnya perpaduan? Agak cliché kalau diberi maksud berdasarkan kamus dewan sebenarnya. Hakikatnya itu adalah permulaan kebanyakan penulisan berbentuk akademik. Tidak mengapalah.

Menurut kamus dewan, perpaduan itu mempunyai kata dasarnya iaitu ‘padu’. Padu pula bermaksud bersatu, bercampur menjadi satu, bermuafakat dan beberapa perkataan lain yang panjang; malas nak tulis. Tetapi pointnya disini cuma perpaduan itu menunjukkan kesatuan.

Selaras dengan motif wujudnya idealogi dari perdana menteri kita, iaitu konsep 1 Malaysia yang sememangnya ingin mejuwudkan kesatuan dalam kalangan penduduk Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum. 

Tapi sejauh manakah konsep 1 Malaysia ini berkesan? Ramaikah yang tahu apa sebenarnya konsep 1 Malaysia ini atau anda salah seorang yang terikut-ikut sorakan ‘1 Malaysia’ tanpa tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan?  Secara jujurnya idealogi 1 Malaysia TIDAK BERKESAN dalam konteks Malaysia sekarang. Kenapa?

Banyak faktor sebenarnya. Tetapi apa yang artikel ini mahu jelaskan adalah sistem pendidikan di Malaysia.

Kenapa dengan sistem pendidikan di Malaysia?

Sistem pendidikan di Malaysia sebenarnya dicorakkan oleh politik. Bermaksud, sistem pendidikan kita mengikut perkauman dan tidak lagi memupuk semangat kesatuan dan perpaduan seperti yang kita jangka. Lihat sendiri parti politik kita di Malaysia yang berpaksikan perkauman dan yang menyatupadukan mereka hanya dengan ideologi untuk memajukan Malaysia ni sebagai tempat tinggal dan tanah kelahiran mereka disamping menjaga hak-hak kaum masing-masing.

Siapa yang patut dipersalahkan?

Kita perlu susuri sejarah negara Malaysia atau lebih terdahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu. Kita dijajah selama 446 tahun. Penjajahan dimulai dari tahun 1511 di Melaka oleh Portugis dan seterusnya penjajah silih berganti antaranya Belanda, British dan Jepun sehinggalah kita merdeka pada era kolonial British pada tahun 1957. 

Apa yang kita pelajari di sekolah bahawa Inggeris itu sebenarnya membantu kita membangunkan negara ini. Mereka memberi sokongan dalam bentuk nasihat dan kita sedikit sebanyak menggunakan sistem pemerintahan, pendidikan dan seumpa dengannya seperti yang dianjurkan Inggeris. Inggeris bagus, tolong kita masa darurat. Inggeris bagus tolong bagi garis panduan. Inggeris itu, Inggeris ini blablabla yadayadayada…

HOI! Buka mata, buka minda buka hati. Isu serius ni!

Jurang perkauman sudah lama wujud dari zaman sebelum merdekanya Malaysia. Perpecahan kaum di pedalaman dan bandar sangat banyak bezanya. Melayu dan bumiputra di kampung-kampung, Cina di lombong-lombong dan bandar, India di estet-estet.

Siapa yang letak macam tu kalau bukan penjajah Inggeris. Setuju?

Siapa yang corak negara Malaysia sampai jadi macam sekarang kalau bukan Inggeris? Setuju?

Bukan niat untuk menjelaskan kesalahan silam. Persoalannya bagaimana hendak memperbaiki kesemua kerosakan dan permasalahan ni seterusnya menghilangkan jurang perkauman di Malaysia?

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”

Wujudkan sistem pendidikan yang menyeluruh dan sama rata. Tiada lagi sekolah vernakular berpaksikan perkauman. Hilangkan semua tuntutan oleh sesetangah NGO yang bersifat perkauman. Jangan demonstrasi macam puk*. Jangan ada unsur hasutan. Lantik guru-guru yang berkreadibiliti. Jangan nak beli cincin berjuta. Jangan asyik nak jual lembu saja sampai generasi-generasi muda terpinggir. Jangan cakap tak serupa bikin. Jangan buat janji palsu. Jangan korupsi. Tidak kiralah gay atau biseksual, pokok pangkalnya itu semua tolak tepi. Darah kita tetap sama merah. 

Memang lama nak wujudkan kesatuan di Malaysia tapi itu tak mustahil. Buat satu dulu. Nanti baru cerita lebih. Mentaliti tu…

PS: Lepas ni baru post pasal isu debat PTPTN

Debat terbuka wajarkah?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pelbagai khabar angin yang kurang enak melibatkan parti politik antara kerajaan dan pembangkang. Tidak perlu terkejut kerana itu adalah antara bahang pilihan raya yang dijangkakan akan diadakan pada bulan 6 akan datang. Adakah benar khabar angin ini? Sejauh mana sahihnya khabar angin sebegini?

                Persoalan dalam artikel kali ini bukan disebabkan bunga- bunga pilihan raya seperti dikhabarkan, tetapi apa yang ingin dinyatakan disini adalah wadah pembawakan ideologi parti politik masing-masing.

                Contohnya baru-baru ini debat yang dianjurkan oleh Sinar Harian yang melibatkan dua ikon politik yang besar namanya mewakili parti politk masing-masing iaitu Yang Berhormat Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO dan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, En. Mohd. Rafizi Ramli. Mereka berdebat mengenai suatu isu. Isu yang sangat mempengaruhi para pengundi dari golongan bergelar mahasiswa dan mahasiswi. Isu Pembiaan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


                YB Khairy bersungguh-sungguh berhujah untuk menentang pemansuhan PTPTN dengan alasan bahawa negara akan jatuh bankrap sekiranya pendidikan dijadikan percuma. Berbeza dangan En. Rafizi yang menyokong ideologi pendidikan percuma dengan hujah, negara sebenarnya mampu sekiranya kewangan negara ditadbir dengan telus dan mengurangkan pembaziran.

 Banyak lagi isu-isu dan cadangan dari kedua belah pihak yang sebenarnya boleh diterima akal. Dihujung perdebatan YB Khairy merumuskan bahawa ideologi pendidikan percuma itu hanyalah angan-angan dan apa yang menjadi masalahnya hanya ujrah atau upah kos pengurusan yang mana sebanyak 1% itu. Berbeza antara En. Rafizi yang 100% yakin bahawa pendidikan boleh dijadikan percuma dalam negara Malaysia dan diakhiri dengan ungkapan “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

Sebenarnya PTPTN ini bukan isu yang besar. Tidak besar seperti apa yang rata-rata fikir. Memang ramai rata-rata para pelajar memohon PTPTN tetapi hanya 6% yang bermasalah untuk membayar semula pinjaman itu. Golongan tersebut sebenarnya yang dijadikan manifesto parti-parti politik tempatan kononnya mereka boleh membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh golongan pasca siswazah tersebut. Sangat tidak bertanggung jawab. Timbul persoalan, ikhlaskah mereka dalam perjuangan mereka?

Berbalik semula kepada wadah penyebaran ideologi parti politik dengan berdebat. Sememangnya debat mengenani isu PTPTN ini mendapat respon hangat tidak kira dari golongan muda mahupun tua. Mereka mengikuti secara rapi dari permulaan sehingga akhir perdebatan tersebut. Dua-dua wakil dari parti politik masing-masing dengan yakin turut menyebarkan manifesto masing-masing untuk pilihanraya akan datang. Inilah apa yang rakyat mahu.

Perdebatan ini sebenarnya bagus. Bagusnya kerana ada tiga sebab utama. 

Yang pertamanya ialah jalan untuk para rakyat untuk mendapatkan maklumat. Sebelum ini mereka hanya dapat informasi dari media massa yang rata-rata dikuasi oleh kerajaan dan internet yang belum pasti sahihnya. Jelas menunjukkan bahawa debat kali ini sememangnya dinanti-nantikan rakyat kerana maklumatnya pasti sahih kerana disampaikan oleh orang yang berkelayakkan. Tiada unsur sorok kerana perdebatan itu disiarkan secara langsung dari lokasi ke kaca television rakyat.

Yang keduanya ialah perdebatan ini boleh dipanjangkan ke dewan rakyat untuk dibahaskan sehingga satu seputusan dicapai. Perdebatan kali ini hanya sebagai pengenalan kepada rakyat mengenai apa sebenarnya masalah dan cadangan penyelesaian kepada masalah isu ini. YB Khairy dan En. Rafizi dilihat mempunyai 1 matlamat yang nyata sama iaitu ingin menjadikan Malaysia sebagai negara yang lebih baik pada masa akan datang. Tidak mustahil satu keputusan yang memuaskan hati dua-dua pihak dapat dicapai.

Yang ketiganyanya ialah kebaikan kepada para penonton untuk berfikiran lebih luas, kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah. Tidak salah bahawa setiap individu terebut mempunyai pendirian dan pandangan yang berbeza-beza. Kita dapat lihat ini melalui pelbagai media sosial di internet seperti blog, Facebook, Twitter yang dijadikan tempat meluahkan pendapat semasa dan selepas debat ini berlangsung. Ada yang menyokong idea pendidikan percuma dan tidak kurang menentang. 

Secara kesimpulan, debat ini sepatutnya diadakan lagi pada masa akan datang supaya isu-isu yang lebih panas dan berat dapat dikupas. Ini kerana debat sebegini menjadi wadah kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat, boleh dipanjangkan dan dibahaskan ke peringkat lebih jauh dan memberi peluang kepada penonton untuk berfikir secara lebih terbuka.


Persoalannya disini mengapa debat secara terbuka sebegini dapat dilihat di hujung ura-ura pilihanraya umum akan datang? Mengapa tidak sebelum ada ura-ura pilihanraya atau sebelum demonstrasi PTPTN dahulu? Sangat terdesak nampaknya dua-dua parti politik untuk memenangi pilihanraya. Ada jaminankah bahawa perjuangan kedua belah pihak tersebut sebenarnya ikhlas untuk membangunkan Malaysia. Sama sahaja. Seperti periuk mengata bontot kuali hitam.

PS: Ada post belum naik kerana masih dalam proses 'cari gali' dalam PC. Sebab komputer baru tukar.