Tuesday 12 August 2014

Penswastaan MAS

Lama dah blog ni tak update. Aku agak sedikit sibuk. Tak banyak berfikiran kritikal aku sekarang sebabnya aku rasa aku berada dalam satu habitat yang tak berfikiran kritikal. Tak ramai berfalsafah. Semua dok percaya kat FB, Insta, Twitter, Blog dan macam-macam lagi. Aku rasa diorang baca bulat-bulat dan tanamkan kat kotak fikiran mereka bahawa apa yang mereka baca itu adalah fakta.

Bullshit.

Aku sudah dilatih untuk menyaring semua informasi yang diterima. Saring macam mana? Saring la mana informasi yang boleh dipercayai atau tidak. Termasuklah isu MAS. Aku suka ikut cerita macam ni. Aku rasa aku boleh belajar dari kesilapan mereka dalam mentadbir sesebuah syarikat. Secara total aku rasa MAS tak silap, mungkin ada sesetengah orang sahaja 'boros'. Sebijik macam yang tukang komen tu.

Kalau nak tahu lebih lanjut, mari kita baca penulisan dari Che Det.

Blog Che Det pasal MAS

Bagi aku, aku tak kesah siapa nak pegang MAS, tapi point nombor 11 tu kena fikir juga. Apa bezanya kan?

Friday 11 October 2013

Masjid Bukan Penjara, Surau Bukan Gelanggang Badminton

Ada macam buku SBPUBK tak tajuk dia?

Aku tulis tajuk tu sebenarnya bukan sebagai satu provokasi dengan situasi sekarang. Sekarang maksud aku ni sebab benda ni sepatutnya ramai dah sedar terutama imam-imam masjid dan surau sekitar Malaysia.

Pagi tadi aku scroll Blogserius. Aku perasan ada satu benda. post bertajuk Serius - Kenapa Gereja Kadang Kala Lebih Bagus Dari Masjid Di Malaysia

Aku ringkaskan jela apa isi dia.

1. Penulis jalan2 dan masuk kat dalam sebuah gereja.
2. Dalam gereja jumpa satu bekas yang ada banyak duit.
3. Sebelah bekas yang ada banyak duit tu ada buku yg ada senarai nama, no tel, amaun, alamat dan lain-lain.
4. Penulis cari nama yang Melayu dan telefon nombor, tanya ada ambil duit dari dalam gereja tu.
5. Orang yang ambil duit tu cakap ada ambil cuma RM50 sebab nak beli susu anak.


Falsafahkan perkara ini:

1. Kenapa Masjid kita tak buat macam tu?
2. Kenapa terlalu banyak prosedur kalau nak mintak bantuan kewangan melalui Masjid?

Mungkin terlalu banyak kes menipu dan berlaku ketidak jujuran dalam kalangan kita orang Islam sendiri. Tu aku tak nafikan.

Masa aku berjual dekat UPSI kelmarin, ada beberapa vendor duduk bersembang dekat booth aku. Aku takda la cerita ape pun sebab aku sedang duduk mengemas sedikit booth yang bersepah pada masa itu. Pakcik yang pertama datang dan tanya, "amacam dik sales hari ini? Okay tak?". Jadi aku pun balaslah dengan senyuman terukir dibibir, "alhamdulillah, boleh la juga".

Pakcik tu pun belek-belek buku yang dipamerkan di booth aku. Dia tengok satu-satu buku kat situ. Terkebil-kebil baca isinya. Setelah lama membelek-belek dia pun tanya aku, "buku-buku adik jual ni buku apa?" Aku yang sedari tadi berdiri sambil bersedia menjadikan pakcik vendor sebelah ni sebagai customer tersentak sekejap sebab dah belek-belek buku tu, tapi tak tahu isinya pasal apa? Ape bingai benor pakcik ni. Lepas tu aku peratikan mata dia. Patutlah, juling.

"Buku novel pakcik. Rata-rata kat sini buku novel. Buku puisi dah banyak habis stok," aku jawab selamba. Kemudian datang pakcik vendor lain berambut panjang dan berkemeja hitam. Pakcik pertama tadi aku namakan dia Jaafar sebab aku terlupa tanya nama dia. Pakcik kedua ni aku namakan dia Rafizi. Aku namakan dia Rafizi sebab dia ni pandai berkata-kata (lah sangat) macam Rafizi.

Kedua-dua pakcik tu bersembang dekat booth aku. Si Rafizi tadi pun buka topik, "aku tak baca benda-benda ni. Aku tak boleh masuk dah benda ni dalam kepala aku. Imiginasi tak ketahuan. Dulu boleh la sebab acik selalu baca komik,". Aku ni sebenarnya konfius sebab dia ni tengah bercakap dengan aku atau bercakap dengan pakcik Jaafar tu? Kemudian dia bebel pasal minyak petrol yang naik dan meniaga yang tidak pulang modal.

Dari situ aku dah tahu pakcik ni anti kerajaan. So, aku offer dia buku Gocoh. "Pakcik, buku ni lain pakcik sebab buku ni banyak fakta dalam ni. Buku ni dia kritik pemikiran orang Kelantan,". Bila aku sebut je 'Kelantan' lepas tu pakcik tu terus pandang aku.

"Kritik pemikiran orang Kelantan?" Kata pakcik Rafizi sambil membuntangkan matanya pada aku.

"Ye pakcik, dia cerita situasi orang Kelantan yang mana surau dan mesjid diasing-asingkan ikut parti politik, surau untuk PAS lain, surau untuk BN lain. Tu baru satu, surau untuk kopiah putih lain, surau untuk songkok hitam lain," cerita aku.

Pakcik Rafizi tu dengar terus menyampuk, "tu lah dia. Surau kalau BN urus, memang teruk!" 

Aku terdiam terus. Terus aku setkan minda aku yang pakcik ini seorang jumut dan bangang abadi. Aku bila dah cerita bab politik, malas nak masuk campur, biarkan dia syiok sendiri. Dia pun bebel pasal kariah yang bila orang PAS meninggal dunia, orang BN taknak uruskan dan begitu sebaliknya. Jumut... Kau jumut pakcik. Dah la jumut, ingat rambut panjang kau tu cantik?

Aku pun cerita pengalaman aku masa kecik-kecik yang mana aku rasa institusi masjid dan surau ni sepatutnya tidak jadi seperti sekarang. Contohnya, masa aku kecik-kecik, aku suka ikut bapak aku pergi mesjid. Tapi aku rasa malas nak pergi sebab:

1. Budak-budak ditegah untuk bermain di sekitar masjid.
2. Budak-budak diasingkan saf mereka.
3. Budak-budak tidak dibernarkan melepak di mesjid melainkan beribadah sahaja.

Gila jumut doeee!

Aku pernah baca satu artikel mengenai pengkritikan isu masjid kat blog, surat khabar dan lain-lain. Alhamdulillah, ada juga perubahan.

Perubahan ini hanya terdapat dibandar. Ye! Dibandar sahaja. 

Antara perubahan yang bersar ada dibandar dan kurang dikampung seperti imam yang muda. Aku tak suka imam kat kampung aku tu. Baca khutbah macam nak terkeluar gigi palsunya. Dah la gagap. Takda langsung feel bila baca khutbah. Mendatar sahaja, bak kata omputih, monotone. Orang Perak kata, udoh ghope nok tumpor oghang tua tu. Aku tak kesah imam muda atau tua sebenarnya, tapi biarlah berpada, jangan yang dah nak mampos dok bagi khutbah. Bagi peluang sikit pada imam-imam muda.

Satu, bab imam, keduanya adalah penggunaan ICT. Kat kampung aku barang elektronik yang ada di mesjid kampung hanyalah PA system. Yang lain semua manual. MANUAL dan ANALOG!

Aku bagi contoh seperti di Masjid Selat, Melaka, UIA Gombak, Masjid Besar Teluk Intan malah surau ditaman perumahan aku sendiri di Shah Alam dah manfaatkan ICT dalam agama. Macam surau kat tempat aku ni, masa solat Jumaat, siap ada live telecast dalam tu. Dok tayang muka imam guna kamera dan terus ke skrin TV flat screen pada jemaah di luar. Ada wifi percuma lagi. Di Masjid Selat, Melaka mereka siap buat slide presentation kat depan dan dipancarkan oleh LCD projektor. Yang kawal slide tu bilal kat bawah mimbar. Tah-tah imam dia baca khutbah guna ipad. Punya awesome mesjid tu.

Ketiganya, keramahan kariah mesjid atau surau itu sendiri. Sepatutnya imam dan AJK surau atau mesjid itu tidak memarahi budak-budak atau anak-anak muda yang berpeleseran di mesjid. Bersyukurlah diorang lepak di mesjid dan bukan di kelab-kelab malam. Adakan gelanggang atau dewan kecil untuk mereka main badminton, sepak takraw atau siaran astro percuma untuk mereka lepak melihat bola sepak bersama. Lagi bagus macam tu. Ukhuwah dapat dirapatkan disamping ibubapa tidak risau anak mereka berada dimana. Kalau mereka terlampau bising, tegurlah dengan berhikmah dan jangan marah-marah. Budak-budak kecik, kalau dipukul sekali pun, mereka tetap akan jadi budak kecil dan bukan jadi dewasa. Bersabarlah.

Wednesday 28 August 2013

Kesian Para Pelajar Tingkatan Enam Kita...

Tajuk aku letak kat atas ni sebenarnya aku rasa tak menarik perhatian langsung. Tambah-tambah bila melibatkan para pelajar sekolah. Aku akui walaupun aku bukan pelajar tingkatan enam, tetapi sebenarnya aku sangat prihatin terhadap isu pendidikan dalam peringkat kebangsaan.

Sebenarnya aku tak tahu ada banyak isu yang melibatkan pendidikan yang sepatutnya diberi perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab. Semua aku sedar selepas aku baca buku 'Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang' yang ditulis oleh saudara Zulfikri Zamir.

Aku berminat sebenarnya untuk mengajar dan menjadi guru. Tetapi malangnya aku tidak berpeluang untuk menjadi guru atas alasan result SPM aku yang tidak cemerlang seperti yang sepatutnya. Jadi tuhan tu maha adil. Dia beri peluang untuk aku mengajar bukan sahaja di sekolah, tetapi satu Malaysia. Alhamdulillah, aku masuk UiTM dan sedikit sebanyak aku dapat melibatkan diri dalam industri buku yang mana fungsi buku itu adalah sebagai pendidik. Tuhan tu maha mengetahui.

Hari ini aku menulis bukan kerana aku takda kerja. Aku sebenarnya sibuk dah ni sebab nak masuk semester dah. Aku dah dapat tempat praktikal. Tempat praktikal aku kat sebuah tempat yang tidaklah sebesar syarikat Petronas, Sime Darby atau BERNAMA. Hanya sebuah syarikat buku kontemporari yang aku kagumi orang-orang disebalik tabir syarikat itu. Aku praktikal kat Buku Fixi.

Hari ni juga aku rasa seronok. Aku rasa seronok sebab aku baru selesai menjalankan program bersama-sama pelajar tingkatan enam di sekolah lama aku iaitu, SMK Tun Abdul Razak, Selekoh Perak. Walaupun hanya beberapa jam ruang diberi kepada kami 9 orang bekas pelajar SMK Tun Abdul Razak untuk berkongsi pengalaman tentang hidup di universiti, kerja dan sebagainya, tetapi kami rasa bangga dapat dihargai seperti itu. Kami memang ikhlas nak tolong pelajar tingkatan enam sekolah kami.

Pada akhir sesi perkongsian pengalaman, aku sempat la lepak dengan Cikgu Nazim. Dulu dia cikgu pengakap aku merangkap cikgu kelas bahasa melayu aku masa tingkatan 3. Dia dah naik pangkat jadi Penolong Kanan Tingkatan Enam sekolah aku. Aku sempat la tanya apa masalah dalam sekolah tu terutama dengan para pelajar tingkatan 6. Dari beberapa soalan yang aku ajukan, aku dapat rumuskan bahawa sistem pendidikan sekolah terutama tingkatan 6 perlu banyak diperbaiki.

1. Kurang tenaga pengajar yang berkebolehan

Ni adalah sebab utama kata Cikgu Nazim. Aku pun tak menolak benda ni sebab dalam buku Pendidikan Tingkatan Enam : Warisan dan Wawasan hasil kajian dan tulisan AB. Rahim Selamat dan Mohd. Saa'ri Mohd. Sanusi, diorang cakap yang guru-guru yang mengajar tingkatan 6 sepatutnya fokus hanya pada tingkatan 6. Barulah para pelajar STPM boleh berdaya saing dan maju selaras dengan pelajar diploma yang lain. 

Bila aku tanya tentang penambahan guru untuk menampung guru-guru yang sedia ada, dia cakap susah nak tambah. Aku pun pelik. Siapalah yang ada kuasa untuk menambah bilangan guru disekolah? Soalan ni aku masih tak dapat jawapan lagi.

2. Sistem pelaksanaan semester yang baru tidak berapa sistematik

Cikgu Nazim ada bagitau kat aku yang negara kita masih lagi dalam percubaan untuk melaksanaakan sistem semester dalam tingkatan 6. Dia meluahkan rasa bimbang bila sistem baru ni diperkenalkan dalam sekolah dalam keadaan tergesa-gesa. Maksudnya, tiada persediaan yang secukupnya dilakukan sehingga pelaksanaan sistem ini dilancarkan. Ramai guru-guru masih tertanya-tanya mengenai keberkesanan sistem baru ni.

Sistem baru ini melibatkan sistem semester. Antara isu yang menarik perhatian aku adalah isu pengulangan subjek sekiranya seseorang pelajar gagal dalam satu subjek. Maknanyanya kat sini, kalau dah FAIL paper tu, kena repeat.

Dah la repeat, lepas tu tiada kelas untuk repeaters tu tau. Diorang kena belajar sendiri. Senang cerita, dah la lemah, lepas tu takda sapa nak bantu diorang.

Cuma kat sini inisiatif guru tersebut untuk mengajar kelas tambahan kepada para pelajar repeaters tadi je. Dah la gagal, nak mengulang tu kena bayar. Ape benda siak?!

3. Unit kaunseling yang tidak selaras.

Aku sifatkan bahawa tingkatan 6 adalah satu entiti yang lain daripada sekolah. Semuanya berubah bila aku baca buku Pendidikan Tingkatan Enam tu. Aku edit buku tu sebenarnya bukan takat baca. Which means, read line by line. Aku faham guru kaunseling tu ada banyak tanggungjawab kat sekolah. Macam mak aku sendiri kata yang sebenarnya guru kaunseling yang ramai kat sekolah itu sebenarnya ada peranan diorang sendiri. 

Sejauh mana pelaksanaan dan pembahagian tugasan guru kaunseling kat sekolah aku tak pasti, cuma aku nak bagi cadangan yang adakan satu guru penyelaras yang uruskan unit kaunseling khas untuk tingkatan enam. Pelajar tingkatan enam ni tak sama masalahnya dengan pelajar tingkatan arus perdana ni. Diorang special. Kalau guru-guru belajar psikologi awal remaja, kena up sikit ilmu tu sebab layan student tingkatan 6 ni kena lain.

Unit kaunseling ni juga berperanan menaikkan motivasi pelajar-pelajar tingkatan 6 ni. Aku dapat tahu ni pun sebab Cikgu Nazim cakap selepas ujian sem pertama tingkatan 6 dulu, ramai yang gagal dalam KESEMUA subjek tingkatan 6. Semua FFFFFF. Lepas tu, diorang berhenti dari tingkatan 6. Ramai. Cikgu tu cakap lagi ada yang berhenti sebab tak tahan pressure. Pressure belajar. Unit kaunseling sekolah should take point benda ni. 

4. Hubungan pelajar tingkatan 6 dengan ALUMNI tingkatan 6 harus dirapatkan.

Aku tegaskan kat sini yang tingkatan 6 ni tak sama dengan tingkatan arus perdana yang lain. Hubungan seniori dengan junior harus ada untuk memastikan mereka dapat bersaing dalam dunia realiti. Kat sini unit ALUMNI harus main peranan. Kenapa aku cakap unit ALUMNI pula?

Sebab ALUMNI adalah mata dan telinga para pentadbir sekolah untuk menyediakan pelajar tingkatan 6 ke universiti dan alam pekerjaan.

Aku yakin, cikgu-cikgu kat sekolah tu dah terlampau terbeban dengan tugasan mereka. Aku sangat yakin bahawa diorang akan terlepas pandang benda ni. Jadi aku rasa sekolah patut adakan program tahunan untuk mengumpulkan ALUMNI yang 3 atau 4 tahun lepasan STPM atau mana-mana yang yang rasakan sesuai untuk berkongsi pengalaman dan pengatahuan dalam sektor pekerjaan yang terkini bersama para pelajar tingkatan 6.

Masa aku belajar dalam UiTM sem lepas, aku baru teringat istilah 'Guest Lecture'. Pensyarah subjek tersebut akan meminta sahabat atau kenalan mereka yang bekerja dalam industri menggantikan mereka dalam kelas dan berkongsi pengalaman bersama para pelajarnya. Dalam kelas tersebut, para pelajar boleh bertanya dengan individu tersebut secara lebih dekat. Tiada istilah 'soalan bodoh' akan dikenakan kerana itu adalah lebih kepada sesi dialog bersama individu tersebut. Mungkin ini akan menjadikan para pelajar dalam kelas tersebut motivasi untuk bergerak jauh kehadapan dan mempunyai pandangan luas dalam bidang pekerjaan dan pelajaran.
 
5. Pengasingan pelajar tingkatan 6 dengan pelajar sekolah arus perdana.

Aku rasa ini dah lama dah dicadangakan. Macam Cikgu Nazim cerita petang tadi, ada khabar angin yang mengatakan pelajar tingkatan 6 ini akan diselaraskan tempatnya. Ada yang mencadangkan buat bangunan baru atau kawasan baru khas untuk tingkatan 6 dalam daerah tersebut. Mak aku selaku bekas guru tu pun cakap benda yang sama. Dah berpuluh-puluh tahun dah idea ini diutarakan, tapi cadangan tinggal cadangan.

Aku faham la juga mengenai kos, tempat dan tenaga kerja yang diperlukan sangat besar, tapi aku masih rasa benda ni boleh dibuat. Siapkan tempat belajar yang kondusif, guru-guru yang profesional terlatih bersama sistem asrama yang efisyen. Aku rasa idea ni sangat bagus.

Konklusi.

Aku sedar, kalau aku sorang yang prihatin terhadap isu tingkatan 6 ni memang tak kemana. Tapi aku dah jumpa sekumpulan manusia yang berkongsi tahap keprihatinan terhadap isu pendidikan dalam Malaysia ni. Ada satu organisasi yang dipanggil Teach For The Needs ni berusaha menjadikan sistem pendidikan Malaysia ni kearah tahap yang boleh dibanggakan. Singkatan nama NGO ini adalah TFTN. First time aku kenal organisasi ni dalam tahun lepas bila diorang aturkan forum pasal pendidikan percuma yang disiarkan secara langsung dalam Radio Bangsar Utama dulu. Lepas tu aku baca buku brader Zulfikri Zamir (SBPUBK) barulah tahu yang dia adalah pengerusi TFTN tu.

InsyaAllah, hujung tahun ni aku daftar sebagai ahli. Selepas aku habis degree ni barulah ada ruang sikit untuk berbakti kepada masyarakat. Kalau sesiapa ada pengalaman bersama-sama dengan TFTN ni boleh kongsi dengan aku, aku sangat berminat nak masuk TFTN ni. Tuithandle aku @GhafarNawi

Ada lagi isu yang aku nak kongsi, tapi cukup la dulu ini buat masa sekarang.