Tuesday, 29 May 2012

Debat terbuka wajarkah?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pelbagai khabar angin yang kurang enak melibatkan parti politik antara kerajaan dan pembangkang. Tidak perlu terkejut kerana itu adalah antara bahang pilihan raya yang dijangkakan akan diadakan pada bulan 6 akan datang. Adakah benar khabar angin ini? Sejauh mana sahihnya khabar angin sebegini?

                Persoalan dalam artikel kali ini bukan disebabkan bunga- bunga pilihan raya seperti dikhabarkan, tetapi apa yang ingin dinyatakan disini adalah wadah pembawakan ideologi parti politik masing-masing.

                Contohnya baru-baru ini debat yang dianjurkan oleh Sinar Harian yang melibatkan dua ikon politik yang besar namanya mewakili parti politk masing-masing iaitu Yang Berhormat Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO dan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, En. Mohd. Rafizi Ramli. Mereka berdebat mengenai suatu isu. Isu yang sangat mempengaruhi para pengundi dari golongan bergelar mahasiswa dan mahasiswi. Isu Pembiaan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


                YB Khairy bersungguh-sungguh berhujah untuk menentang pemansuhan PTPTN dengan alasan bahawa negara akan jatuh bankrap sekiranya pendidikan dijadikan percuma. Berbeza dangan En. Rafizi yang menyokong ideologi pendidikan percuma dengan hujah, negara sebenarnya mampu sekiranya kewangan negara ditadbir dengan telus dan mengurangkan pembaziran.

 Banyak lagi isu-isu dan cadangan dari kedua belah pihak yang sebenarnya boleh diterima akal. Dihujung perdebatan YB Khairy merumuskan bahawa ideologi pendidikan percuma itu hanyalah angan-angan dan apa yang menjadi masalahnya hanya ujrah atau upah kos pengurusan yang mana sebanyak 1% itu. Berbeza antara En. Rafizi yang 100% yakin bahawa pendidikan boleh dijadikan percuma dalam negara Malaysia dan diakhiri dengan ungkapan “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

Sebenarnya PTPTN ini bukan isu yang besar. Tidak besar seperti apa yang rata-rata fikir. Memang ramai rata-rata para pelajar memohon PTPTN tetapi hanya 6% yang bermasalah untuk membayar semula pinjaman itu. Golongan tersebut sebenarnya yang dijadikan manifesto parti-parti politik tempatan kononnya mereka boleh membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh golongan pasca siswazah tersebut. Sangat tidak bertanggung jawab. Timbul persoalan, ikhlaskah mereka dalam perjuangan mereka?

Berbalik semula kepada wadah penyebaran ideologi parti politik dengan berdebat. Sememangnya debat mengenani isu PTPTN ini mendapat respon hangat tidak kira dari golongan muda mahupun tua. Mereka mengikuti secara rapi dari permulaan sehingga akhir perdebatan tersebut. Dua-dua wakil dari parti politik masing-masing dengan yakin turut menyebarkan manifesto masing-masing untuk pilihanraya akan datang. Inilah apa yang rakyat mahu.

Perdebatan ini sebenarnya bagus. Bagusnya kerana ada tiga sebab utama. 

Yang pertamanya ialah jalan untuk para rakyat untuk mendapatkan maklumat. Sebelum ini mereka hanya dapat informasi dari media massa yang rata-rata dikuasi oleh kerajaan dan internet yang belum pasti sahihnya. Jelas menunjukkan bahawa debat kali ini sememangnya dinanti-nantikan rakyat kerana maklumatnya pasti sahih kerana disampaikan oleh orang yang berkelayakkan. Tiada unsur sorok kerana perdebatan itu disiarkan secara langsung dari lokasi ke kaca television rakyat.

Yang keduanya ialah perdebatan ini boleh dipanjangkan ke dewan rakyat untuk dibahaskan sehingga satu seputusan dicapai. Perdebatan kali ini hanya sebagai pengenalan kepada rakyat mengenai apa sebenarnya masalah dan cadangan penyelesaian kepada masalah isu ini. YB Khairy dan En. Rafizi dilihat mempunyai 1 matlamat yang nyata sama iaitu ingin menjadikan Malaysia sebagai negara yang lebih baik pada masa akan datang. Tidak mustahil satu keputusan yang memuaskan hati dua-dua pihak dapat dicapai.

Yang ketiganyanya ialah kebaikan kepada para penonton untuk berfikiran lebih luas, kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah. Tidak salah bahawa setiap individu terebut mempunyai pendirian dan pandangan yang berbeza-beza. Kita dapat lihat ini melalui pelbagai media sosial di internet seperti blog, Facebook, Twitter yang dijadikan tempat meluahkan pendapat semasa dan selepas debat ini berlangsung. Ada yang menyokong idea pendidikan percuma dan tidak kurang menentang. 

Secara kesimpulan, debat ini sepatutnya diadakan lagi pada masa akan datang supaya isu-isu yang lebih panas dan berat dapat dikupas. Ini kerana debat sebegini menjadi wadah kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat, boleh dipanjangkan dan dibahaskan ke peringkat lebih jauh dan memberi peluang kepada penonton untuk berfikir secara lebih terbuka.


Persoalannya disini mengapa debat secara terbuka sebegini dapat dilihat di hujung ura-ura pilihanraya umum akan datang? Mengapa tidak sebelum ada ura-ura pilihanraya atau sebelum demonstrasi PTPTN dahulu? Sangat terdesak nampaknya dua-dua parti politik untuk memenangi pilihanraya. Ada jaminankah bahawa perjuangan kedua belah pihak tersebut sebenarnya ikhlas untuk membangunkan Malaysia. Sama sahaja. Seperti periuk mengata bontot kuali hitam.

PS: Ada post belum naik kerana masih dalam proses 'cari gali' dalam PC. Sebab komputer baru tukar.

1 expression:

Ridzwan Hafidz said...

Jujur cakap sangat risau dengan masa depan malaysia!

Post a Comment