Sejak dibangku sekolah lagi kita
mendengar perkataan perpaduan, bersatu dan sebagainya. Adakah kita tahu apa itu
sebenarnya perpaduan? Agak cliché kalau diberi maksud berdasarkan kamus dewan
sebenarnya. Hakikatnya itu adalah permulaan kebanyakan penulisan berbentuk
akademik. Tidak mengapalah.
Menurut kamus dewan, perpaduan itu
mempunyai kata dasarnya iaitu ‘padu’. Padu pula bermaksud bersatu, bercampur
menjadi satu, bermuafakat dan beberapa perkataan lain yang panjang; malas nak
tulis. Tetapi pointnya disini cuma perpaduan itu menunjukkan kesatuan.
Selaras dengan motif wujudnya idealogi
dari perdana menteri kita, iaitu konsep 1 Malaysia yang sememangnya ingin
mejuwudkan kesatuan dalam kalangan penduduk Malaysia yang berbilang bangsa dan
kaum.
Tapi sejauh manakah konsep 1 Malaysia
ini berkesan? Ramaikah yang tahu apa sebenarnya konsep 1 Malaysia ini atau anda
salah seorang yang terikut-ikut sorakan ‘1 Malaysia’ tanpa tahu apa sebenarnya
yang dimaksudkan? Secara jujurnya idealogi
1 Malaysia TIDAK BERKESAN dalam konteks Malaysia sekarang. Kenapa?
Banyak faktor sebenarnya. Tetapi apa
yang artikel ini mahu jelaskan adalah sistem pendidikan di Malaysia.
Kenapa dengan sistem pendidikan di
Malaysia?
Sistem pendidikan di Malaysia
sebenarnya dicorakkan oleh politik. Bermaksud, sistem pendidikan kita mengikut perkauman
dan tidak lagi memupuk semangat kesatuan dan perpaduan seperti yang kita
jangka. Lihat sendiri parti politik kita di Malaysia yang berpaksikan perkauman
dan yang menyatupadukan mereka hanya dengan ideologi untuk memajukan Malaysia
ni sebagai tempat tinggal dan tanah kelahiran mereka disamping menjaga hak-hak
kaum masing-masing.
Siapa yang patut dipersalahkan?
Kita perlu susuri sejarah negara
Malaysia atau lebih terdahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu. Kita dijajah
selama 446 tahun. Penjajahan dimulai dari tahun 1511 di Melaka oleh Portugis
dan seterusnya penjajah silih berganti antaranya Belanda, British dan Jepun
sehinggalah kita merdeka pada era kolonial British pada tahun 1957.
Apa yang kita pelajari di sekolah
bahawa Inggeris itu sebenarnya membantu kita membangunkan negara ini. Mereka
memberi sokongan dalam bentuk nasihat dan kita sedikit sebanyak menggunakan sistem
pemerintahan, pendidikan dan seumpa dengannya seperti yang dianjurkan Inggeris.
Inggeris bagus, tolong kita masa darurat. Inggeris bagus tolong bagi garis
panduan. Inggeris itu, Inggeris ini blablabla yadayadayada…
HOI! Buka mata, buka minda buka hati.
Isu serius ni!
Jurang perkauman sudah lama wujud dari
zaman sebelum merdekanya Malaysia. Perpecahan kaum di pedalaman dan bandar
sangat banyak bezanya. Melayu dan bumiputra di kampung-kampung, Cina di
lombong-lombong dan bandar, India di estet-estet.
Siapa yang letak macam tu kalau bukan
penjajah Inggeris. Setuju?
Siapa yang corak negara Malaysia
sampai jadi macam sekarang kalau bukan Inggeris? Setuju?
Bukan niat untuk menjelaskan kesalahan
silam. Persoalannya bagaimana hendak memperbaiki kesemua kerosakan dan
permasalahan ni seterusnya menghilangkan jurang perkauman di Malaysia?
“Melentur buluh biarlah dari
rebungnya”
Wujudkan sistem pendidikan yang
menyeluruh dan sama rata. Tiada lagi sekolah vernakular berpaksikan perkauman. Hilangkan
semua tuntutan oleh sesetangah NGO yang bersifat perkauman. Jangan demonstrasi
macam puk*. Jangan ada unsur hasutan. Lantik guru-guru yang berkreadibiliti.
Jangan nak beli cincin berjuta. Jangan asyik nak jual lembu saja sampai
generasi-generasi muda terpinggir. Jangan cakap tak serupa bikin. Jangan buat
janji palsu. Jangan korupsi. Tidak kiralah gay atau biseksual, pokok pangkalnya
itu semua tolak tepi. Darah kita tetap sama merah.
Memang lama nak wujudkan kesatuan di
Malaysia tapi itu tak mustahil. Buat satu dulu. Nanti baru cerita lebih.
Mentaliti tu…