Wednesday, 23 January 2013

Review Buku Mahathir dan Akhbar



Artikel ini dibuat untuk tugasan subjek Media Law individu. Buku ni ditulis oleh Mohd. Safar Hashim pasal Che Det degan Akhbar masa pemerintahan dia. Aku letak kat sini supaya orang lain boleh baca dan share. Mana lah tahu senang untuk diorang buat assignment. Boleh jadikan panduan.

**************************************************



Pengenalan
Telah menjadi tanggungjawab seorang pemimpin untuk berlaku adil terhadap rakyatnya. Pemimpimpin tersebut haruslah berwibawa dan berani untuk menegakkan apa yang dirasakan betul walupun dihujani dengan pelbagai tomahan dan tuduhan dari pelbagai pihak. Buku ‘Mahathir dan Akhbar’ hasil penulisan dan kajian saudara Mohd Safar Hasim ini adalah cara yang terbaik untuk menjawab pelbagai persoalan mengenai isu-isu dalam hal-hal penerbitan akhbar. 

            Buku yang diterbitkan pada tahun 1996 dari Utusan Publication ini menerangkan mengenai peraturan undang-undang penerbitan seperti Akta Mesin Cetak 1984 dan beberapa peristiwa yang menyebabkan akta tersebut dipinda beberapa kali demi memastikan negara Malaysia kekal harmoni. Justifikasi yang diberikan dalam buku ini cukup jelas dan kukuh  mengenai rasional penggubalan akta-akta dalam media arus perdana yang harus dipatuhi oleh pengamal media.

            Penulis Mohd. Safar Hasim menjadikan ikon perdana menteri Malaysia ke-empat pada ketika itu dikenali dengan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad sebagai pemimpin yang berwibawa dan berani membawa beberapa pembaharuan dalam bidang media arus perdana. Peratuan dan polisi kerajaan digubal supaya perkara seperti 13 Mei 1969 dan beberapa perkara lain yang mampu menggugat keharmonian rakyat Malaysia diletak sebagai keutamaan pemimpin ini.

            Selain itu, buku ini juga sedikit sebanyak menjadi titik rujukan kepada pengamal media seperti wartawan terutamanya mengenai kepentingan dan tanggungjawab mereka sebagai mata dan telinga rakyat. Pengamalan pihak penerbit untuk ‘self-censorship’ turut diamalkan oleh mereka semata-mata mereka bersama-sama menyokong kerajaan dalam mengekalkan keharmonian dan kestabilan masyarakat majmuk di Malaysia tercinta ini.



Peranan Akhbar Dalam Senario Malaysia.

Akhbar dalam negara Malaysia seperti disebut dalam buku ini telah jelas menunjukkan bahawa Malaysia tergolong dalam model tanggungjawab sosial yang lebih memberatkan mengenai rakyat. Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir pernah memberikan pendapat beliau mengenai teori kewartawanan  yang mana Malaysia mengamalkan tanggungjawab sosial sebagai tunjang dan topik utama dalam melaporkan sesuatu berita.

            Walaubagaimanapun, teori tanggungjawab sosial tersebut bukanlah sesuatu yang sempurna dan terbaik diamalkan dalam Malaysia tetapi ia adalah yang paling sesuai buat masa ini digunakan. Ini kerana semenjak dari zaman awal sejarah penerbitan di Malaysia, kita dipengaruhi oleh unsur-unsur luar yang sedikit sebanyak mempengaruhi cara dan pembawakan laporan berita.

            Dalam topik “Pemperibumian Sistem Akhbar Malaysia” adalah suatu titik permulaan untuk mengubah system penerbitan di Malaysia. Ini kerana kebanyakkan ilmu, stail dan cara yang digunakan dalam melapor sesuatu berita itu sedikit sebanyak dipengaruhi barat. Dengan erti kata lain, minda wartawan telah diacu oleh barat. 

            Dato, Seri Dr. Mahathir Mohamad selaku perdana menteri Malaysia pada ketika itu memberi cadangan bahawa kita seharusnya mempunyai cara kita sendiri dalam melaporkan sesuatu berita. Ini kerana Malaysia sendiri popular dan mengamalkan atur cara dan adat resam ketimuran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Barat sendiri tidak faham  dan mengakui mereka tidak mempedulikan sensitiviti terhadap semua kaum dalam Malaysia ini mana mungkin ideology mereka dapat diterima dalam Malaysia. Selaras dengan itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir sendiri mengunjurkan bahawa Malaysia harus mempunyai identiti sendiri dalam melaporkan sesuatu berita selaras dengan budaya dan adat resam penduduk di Malaysia.

Akhbar Secara Global dan Malaysia

            Seperti kata Dato’ Seri Dr. Mahathir pada ketika itu yang mana beliau mengatakan bahawa barat sememangnya mencari peluang untuk menjajah secara halus selepas diketahui ketidak releven untuk menakluk secara fizikal seperti dilakukan pada era colonial dahulu. Mereka sedar bahawa untuk menguasai sesuatu, mereka perlu lebih kreatif dalam mengatur langkah yang lebih dikatakan selamat.

            Penjajahan masa kini yang nampak jelas ialah melalui media massa yang mana kesannya lebih mendalam terhadap pemikiran anak-anak muda. Kes memburuk-burukkan Malaysia seperti kes Empangan Pergau di Kelantan dan pembukaan Kilang Aluminium jelas memberi kesan terhadap imej negara luar terhadap Malaysia. Dato’ Seri Dr. Mahathir sedar akan perkara ini dan telah menggubal beberapa polisi yang difikirkan sesuai untuk diamalkan dalam Malaysia.

            Barat melabel dunia dengan gelaran dunia pertama diberikan kepada barat untuk menunjukkan mereka adalah negara yang maju di persada dunia dan meletakkan dunia kedua sebagai negara-negara komunis dan negara dunia ketiga terdiri daripada negara-negara membangun. Persoalan yang timbul disini, siapakah mereka untuk melabel dan memecahkan dunia sehingga begitu sekali? Lebih mengejutkan, media-media barat sendiri telah membentuk satu pemikiran dalam kalangan pembacanya bahawa mereka adalah yang terbaik diantara terbaik.

            Perkara ini turut dikongsi oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir ketika dalam sesi lawatan beliau ke negara barat yang mana amalam bias dan berat sebelah media barat ditunjukkan secara jelas. Tiada liputan yang dilakukan oleh media barat ketika beliau dalam sesi lawatan kerja di negara barat. Bahkan ucapan beliau dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu turut tidak diendahkan disiarkan dalam mana-mana media arus perdana. Ini jelas membuktikan yang media-media barat berat sebelah. Sikap sesetangah wartawan yang ‘pilih bulu’ inilah yang ingin ditekankan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir adalah tidak patut dilakukan oleh mana-mana wartawan kini.

            Pada muka surat 57 dalam buku ini, penulis berpendapat bahawa media barat ditungganggi oleh ideologi Yahudi untuk mengawal dunia. Ini ditunjukkan dengan serangan secara halus negara barat dalam usaha memburuk-burukkan negara Arab dan Islam termasuklah Malaysia. Mereka dilabel sebagai tidak berperinsip dalam mentadbir sesebuah negara.

Kesimpulannya.

Jelas disini bahawa ideologi yang ingin dibawa oleh Tun Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia ke empat adalah semata-mata untuk menjaga kestabilan ekonomi, sosial dan politik secara amnya. Pembentukkan pemikiran rakyat Malaysia tidak semestinya mengikut unjuran barat yang sememangnya tidak sesuai diamalkan dalam Malaysia.

            Penggubalan Akta Mesin Cetak 1948 yang mana isinya memberi lessen penerbitan atas budi bicara kementerian dalam negeri adalah rasional. Akta Keselamatan Dalam Negeri yang dikatakan menindas segelintir pihak yang inginkan kebebasan bersuara sedikit sebanyak diberi penjelasan terperinci dalam buku ini. Pelbagai peristiwa yang dikongsi oleh penulis pada era pemerintahan Tun Dr. Mahathir dahulunya telah dijadikan contoh untuk dikaji rasionalnya disebalik penguatkuasaan akta-akta tersebut. NapolĂ©on Bonaparte pernah berkata ‘ four hostile newspaper are more to be feared than a thousand bayonets’ .

            Sesungguhnya seperti apa yang dikata penulis, setiap yang dilakukan oleh kerajaan itu ada buruk dan baiknya dan harus diingat bahawa rakyat memberi kepercayaan kepada kerajaan untuk mentadbir dan menjaga kestabilan negara. Seharusnya rakyat percaya dan tidak mempersoalkan apa yang dilakukan kerajaan.

1 expression:

akumann2803 said...

Nice info...salam kenal..

Post a Comment