Friday, 7 December 2012

Palestin dan Malaysia

The war that never ends~

Ada beberapa minggu lepas semasa hangat isu Israel dan Palestin dibincangkan sama ada dalam kaca telivision ataupun radio. Tu dimedia arus perdana. Dekat internet lagi dahsyat dia punya penangan. Ramai respon dengan perkara ini dengan dana yang penuh emosi.

Rata-rata respon yang diberikan oleh pengguna laman sosial seperti facebook dan twitter mengeji tindakan rejim Zionis. Ada yang share gambar anak-anak kecil main api jadi yatim piatu, hilang tempat tinggal dan lagi dahsyat bila ada yang share kaki tercabut, kepala terburai ape-ape tah lagi.

Tapi tahukah kita bahawa tanggungjawab kita bukan semata-mata jatuhkan Israel laknatullah dan membebaskan Palestin?

Susulan serangan Israel terhadap Palestin tersebut, beberapa badan NGO dalam Malaysia membuat satu gerakan kesedaran dan menganjurkan pelbagai aktiviti sebagai respon kepada serangan itu. Antara program yang mendapat sambutan hangat ialah boikot McDonald Malaysia.

Boikot McDonald Malaysia

Pada peringkat awal, aktiviti memboikot McD seluruh Malaysia ni berjaya. Memang kau-kau kena beb. Ramai tak makan McD sebab tahu dan sedar akan aktiviti pemboikotan ini.

Gambar: Daengselili


Kenapa McD?

Itu persoalan yang bermain dalam kepala aku. Kemudian persoalan itu dijawab oleh satu blog yang aku terjumpa semasa google benda ni. Blog tu ade quotes kata-kata pengerusi Aqsa Syarif:

"McD Malaysia membayar franchisee fees kpd McD Corp USA"

Ye. Ini tidak dinafikan. Sesiapa yang belajar bisness mesti faham bahawa ada persetujuan antara franchisee dengan franchiser bahawa mereka perlu membayar sejumlah wang kepada franchiser untuk kekal dalam program franchisee mereka.

Penangan boikot ni besar beb! Penangan boikot ni buat banyak restoran McD seluruh Malaysia ni lengang dengan orang. Sampai satu tahap, pihak pengurusan McD ni terpaksa keluarkan disclaimer untuk counter benda ni.

Sumber gambar BeritaSemasa

Dahsyat betul kesan boikot ini.

Tidak Konsisten

Inilah yang berlaku dalam kes boikot ini. Ramai pada awalnya semangat dengan apa yang dilakukan mereka. Tapi hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam. Semuanya sekejap hanya selepas dengan notis disclaimer ini dipasang dan disebarkan merata tempat.

Konklusi

Kesimpulannya, aku juga termasuk dalam golongan yang tidak konsisten itu. Tetapi pada awalnya aku tidak mengambil peduli pun mengenai aktiviti pemboikotan McD tu. Sebab aku rasa useless semua effort yang dibuat.

McD bayar cukai untuk negara kita. Maknanya ada juga duit McD yang untung tu kita guna untuk membangunkan negara kita. Kalau kita terus boikot McD, tak mustahil negara kita akan turut terjejas. Ini yang pertama untuk alasan aku sendiri tidak mengikuti aktiviti boikot ni.

Yang kedua, kebanyakkan pekerja dalam McD tu adalah bangsa kita sendiri. Bangsa Melayu yang beragama Islam. Tak ke itu turut memberi kesan sedikit dekat ekonomi kita? Aku cakap macam ni sebab aku pun pernah kerja restoran yang orang kata yahudi. Aku kerja kat KFC suatu ketika dahulu. Beri kesan sebab tak boleh OT sebab nak kurangkan kos operasi bagai. Pada yang tak merasa susah nak cari kerja tu tak boleh la nak kata apa. Just put your self in their position. Be more empathy.

Ketiganya, kenapa jumut sangat perangai orang Malaysia ni? Apesal ramai yang limitkan unsur Jihad kepada satu benda? Kenapa tidak fikir secara kreatif? Takkan boikot satu-satunya jalan untuk menentang orang Yahudi Zionis ni? Macam aku, aku ada cara aku sendiri untuk menentang Zionis secara senyap-senyap tapi insyaallah berkesan.

Aku ambil satu contoh la yang betul-betul dekat dengan kita. Sejarah memerdekakan negara kita. Adakah Tunku Abdul Rahman itu mengangkat senjata dan berperang seperti pahlawan-pahlawan kita lain? Cara perjuangan Tunku sendiri berbeza dengan kebanyakkan orang pada ketika itu. Pendeta Za'ba sendiri menggunakan unsur penulisan untuk 'berperang'. Kenapa kita tidak berfikiran begitu?

Keempat, aku memang tak makan McD selalu. Sebab McD mahal. Lagi mahal kot dari kafe fakulti aku. Serius mahal harga makanan dekat kafe fakulti aku walupun itu bukan McD. Tapi tu cerita lainlah. AHAHAHA!

Itu saje perkongsian aku pada kali ini. Dah lama tak menulis untuk isu-isu serius begini. Aku tak seperti seorang sahabat seperguruan aku, Akmal Redzwan yang sanggup ke Gaza untuk program kemaknusiaan disana. Moga-moga kau selamat pulang wan. Insyaallah. God speed.

Sumber: ashraffnazrin

0 expression:

Post a Comment