Malaysia sekarang masih belum merdeka sepenuhnya.
Dalam keghairahan kita menyambut kemerdekaan yang ke-55 tahun ini, masih lagi ada warga Malaysia yang belum merdeka. Mereka masih merelakan diri mereka dijajah oleh anasir-anasir luar yang jahat dan tidak bermoral. Mereka masih belum merdeka peribadi dan akhlak lagi.
Malam tadi aku terjumpa video dari seorang pensyarah aku. Sir Nurulanuar share satu video yang membuat aku rasa seperti mahu memaki dan mencarut seketika. Video ni boleh bikin sesetengah orang takut, risau, sedih, gembira atau marah. Dapat kat aku, memang lah marah.
Perhatikan video ini
Jika diperhatikan ulasan yang terdapat dalam video itu jelas menunjukkan beberapa orang yang terdapat dalam video itu bukan menolong mangsa, tetapi turut serta menonton drama TV yang real depan mata mereka. Apa yang kurang mereka tidak membawa 'popcorn' untuk dimakan ketika siaran berlangsung.
Rata-rata komentar dari laman youtube mengutuk sekeji-kejinya si lahabau penonton drama murahan tersebut. Apa yang kita tahu itu hanya dari sarikata yang disertakan dalam video yang terang-terangan mengutuk penonton-penonton itu tadi. Kenapa kita nak adili mereka yang kita tidak tahu kebenarannya 100%? Kita ada disitukah masa kejadian itu berlaku?
Mungkin rata-rata akan bermonolog;
"Apehal la diorang tak tolong benda depan mata macam ni? Samun tu!"
atau
"Kalau aku la jadi orang-orang kat situ, konfemlah aku tolong"
Persoalannya kenapa ramai taknak menolong mangsa tersebut?
Mungkin penonton tersebut adalah orang yang tak tahu apa-apa mengenai kejadian itu. Sampai-sampai dah tgk masing-masing bertekak, kang kalau masuk campur konfem-konfem kena beduk. Ye dok?
Mungkin penonton tersebut terlalu pengecut untuk berkata apa-apa dan hanya mampu berdoa akan keselamatan mereka supaya jangan jadi mangsa?
Mungkin mereka takut berada dalam rancangan WAKENABEB?
Atau mungkin penonton tersebut langsung tak ambil perduli apa yang berlaku sekeliling mereka?
Kita mungkin akan meletakkan beban salah kepada para penonton di stesen minyak tersebut kerana tidak membantu mangsa yang sedang disamun. Namun adakah kita terfikir bahawa kesalahan boleh juga diletakkan kepada mangsa. Jangan fokus kepada penonton sahaja.
Mungkin mangsa tidak menjerit untuk meminta pertolongan kepada orang2 disekeliling?
Mungkin mangsa dan suspek hanya bergurau kasar sampai sanggup luka, lebam dan mampu bertindak ganas?
Mungkin mangsa rasa mampu tewaskan suspek tanpa perlu pertolongan dari orang lain?
Mungkin mangsa telah mencuri motor itu terlebih dahulu dan tuan motor itu (suspek) telah menjumpainya dan merampas semula haknya?
Atau kita semua telah dikencing hidup-hidup sehingga mempercayai video tersebut melambangkan ketidakprihatinan rakyat Malaysia?
Apa yang peliknya;
1. Kenapa mangsa tidak mencabut kunci motornya dan terus berlari meminta pertolongan?
2. Kenapa berusaha juga untuk menghidupkan enjin motornya walaupun sudah tahu mangsa berada dalam keadaan disamun?
Ada banyak lagi kita boleh rungkaikan dengan hanya menonton video selama 7 minit lebih ni. Tapi, apa yang pentingnya kita wajib berhati-hati walau dimana jua kita berada. Jangan tanam sifat pentingkan diri atau assabiah sangat. Kelak tak berkat hidup kita.
Tuhan tu maha adil. Kalau kita tolong orang, kita akan dapat balasanya. Walaupun bukan cash, mungkin dalam bentuk lain dan kalau bukan kat kita mungkin kat bini kita, anak kita atau keturunan kita.
Selamat hari raya dan menyambut hari kemerdekaan ke-55.
Wallauhualam~