Friday, 11 October 2013

Masjid Bukan Penjara, Surau Bukan Gelanggang Badminton

Ada macam buku SBPUBK tak tajuk dia?

Aku tulis tajuk tu sebenarnya bukan sebagai satu provokasi dengan situasi sekarang. Sekarang maksud aku ni sebab benda ni sepatutnya ramai dah sedar terutama imam-imam masjid dan surau sekitar Malaysia.

Pagi tadi aku scroll Blogserius. Aku perasan ada satu benda. post bertajuk Serius - Kenapa Gereja Kadang Kala Lebih Bagus Dari Masjid Di Malaysia

Aku ringkaskan jela apa isi dia.

1. Penulis jalan2 dan masuk kat dalam sebuah gereja.
2. Dalam gereja jumpa satu bekas yang ada banyak duit.
3. Sebelah bekas yang ada banyak duit tu ada buku yg ada senarai nama, no tel, amaun, alamat dan lain-lain.
4. Penulis cari nama yang Melayu dan telefon nombor, tanya ada ambil duit dari dalam gereja tu.
5. Orang yang ambil duit tu cakap ada ambil cuma RM50 sebab nak beli susu anak.


Falsafahkan perkara ini:

1. Kenapa Masjid kita tak buat macam tu?
2. Kenapa terlalu banyak prosedur kalau nak mintak bantuan kewangan melalui Masjid?

Mungkin terlalu banyak kes menipu dan berlaku ketidak jujuran dalam kalangan kita orang Islam sendiri. Tu aku tak nafikan.

Masa aku berjual dekat UPSI kelmarin, ada beberapa vendor duduk bersembang dekat booth aku. Aku takda la cerita ape pun sebab aku sedang duduk mengemas sedikit booth yang bersepah pada masa itu. Pakcik yang pertama datang dan tanya, "amacam dik sales hari ini? Okay tak?". Jadi aku pun balaslah dengan senyuman terukir dibibir, "alhamdulillah, boleh la juga".

Pakcik tu pun belek-belek buku yang dipamerkan di booth aku. Dia tengok satu-satu buku kat situ. Terkebil-kebil baca isinya. Setelah lama membelek-belek dia pun tanya aku, "buku-buku adik jual ni buku apa?" Aku yang sedari tadi berdiri sambil bersedia menjadikan pakcik vendor sebelah ni sebagai customer tersentak sekejap sebab dah belek-belek buku tu, tapi tak tahu isinya pasal apa? Ape bingai benor pakcik ni. Lepas tu aku peratikan mata dia. Patutlah, juling.

"Buku novel pakcik. Rata-rata kat sini buku novel. Buku puisi dah banyak habis stok," aku jawab selamba. Kemudian datang pakcik vendor lain berambut panjang dan berkemeja hitam. Pakcik pertama tadi aku namakan dia Jaafar sebab aku terlupa tanya nama dia. Pakcik kedua ni aku namakan dia Rafizi. Aku namakan dia Rafizi sebab dia ni pandai berkata-kata (lah sangat) macam Rafizi.

Kedua-dua pakcik tu bersembang dekat booth aku. Si Rafizi tadi pun buka topik, "aku tak baca benda-benda ni. Aku tak boleh masuk dah benda ni dalam kepala aku. Imiginasi tak ketahuan. Dulu boleh la sebab acik selalu baca komik,". Aku ni sebenarnya konfius sebab dia ni tengah bercakap dengan aku atau bercakap dengan pakcik Jaafar tu? Kemudian dia bebel pasal minyak petrol yang naik dan meniaga yang tidak pulang modal.

Dari situ aku dah tahu pakcik ni anti kerajaan. So, aku offer dia buku Gocoh. "Pakcik, buku ni lain pakcik sebab buku ni banyak fakta dalam ni. Buku ni dia kritik pemikiran orang Kelantan,". Bila aku sebut je 'Kelantan' lepas tu pakcik tu terus pandang aku.

"Kritik pemikiran orang Kelantan?" Kata pakcik Rafizi sambil membuntangkan matanya pada aku.

"Ye pakcik, dia cerita situasi orang Kelantan yang mana surau dan mesjid diasing-asingkan ikut parti politik, surau untuk PAS lain, surau untuk BN lain. Tu baru satu, surau untuk kopiah putih lain, surau untuk songkok hitam lain," cerita aku.

Pakcik Rafizi tu dengar terus menyampuk, "tu lah dia. Surau kalau BN urus, memang teruk!" 

Aku terdiam terus. Terus aku setkan minda aku yang pakcik ini seorang jumut dan bangang abadi. Aku bila dah cerita bab politik, malas nak masuk campur, biarkan dia syiok sendiri. Dia pun bebel pasal kariah yang bila orang PAS meninggal dunia, orang BN taknak uruskan dan begitu sebaliknya. Jumut... Kau jumut pakcik. Dah la jumut, ingat rambut panjang kau tu cantik?

Aku pun cerita pengalaman aku masa kecik-kecik yang mana aku rasa institusi masjid dan surau ni sepatutnya tidak jadi seperti sekarang. Contohnya, masa aku kecik-kecik, aku suka ikut bapak aku pergi mesjid. Tapi aku rasa malas nak pergi sebab:

1. Budak-budak ditegah untuk bermain di sekitar masjid.
2. Budak-budak diasingkan saf mereka.
3. Budak-budak tidak dibernarkan melepak di mesjid melainkan beribadah sahaja.

Gila jumut doeee!

Aku pernah baca satu artikel mengenai pengkritikan isu masjid kat blog, surat khabar dan lain-lain. Alhamdulillah, ada juga perubahan.

Perubahan ini hanya terdapat dibandar. Ye! Dibandar sahaja. 

Antara perubahan yang bersar ada dibandar dan kurang dikampung seperti imam yang muda. Aku tak suka imam kat kampung aku tu. Baca khutbah macam nak terkeluar gigi palsunya. Dah la gagap. Takda langsung feel bila baca khutbah. Mendatar sahaja, bak kata omputih, monotone. Orang Perak kata, udoh ghope nok tumpor oghang tua tu. Aku tak kesah imam muda atau tua sebenarnya, tapi biarlah berpada, jangan yang dah nak mampos dok bagi khutbah. Bagi peluang sikit pada imam-imam muda.

Satu, bab imam, keduanya adalah penggunaan ICT. Kat kampung aku barang elektronik yang ada di mesjid kampung hanyalah PA system. Yang lain semua manual. MANUAL dan ANALOG!

Aku bagi contoh seperti di Masjid Selat, Melaka, UIA Gombak, Masjid Besar Teluk Intan malah surau ditaman perumahan aku sendiri di Shah Alam dah manfaatkan ICT dalam agama. Macam surau kat tempat aku ni, masa solat Jumaat, siap ada live telecast dalam tu. Dok tayang muka imam guna kamera dan terus ke skrin TV flat screen pada jemaah di luar. Ada wifi percuma lagi. Di Masjid Selat, Melaka mereka siap buat slide presentation kat depan dan dipancarkan oleh LCD projektor. Yang kawal slide tu bilal kat bawah mimbar. Tah-tah imam dia baca khutbah guna ipad. Punya awesome mesjid tu.

Ketiganya, keramahan kariah mesjid atau surau itu sendiri. Sepatutnya imam dan AJK surau atau mesjid itu tidak memarahi budak-budak atau anak-anak muda yang berpeleseran di mesjid. Bersyukurlah diorang lepak di mesjid dan bukan di kelab-kelab malam. Adakan gelanggang atau dewan kecil untuk mereka main badminton, sepak takraw atau siaran astro percuma untuk mereka lepak melihat bola sepak bersama. Lagi bagus macam tu. Ukhuwah dapat dirapatkan disamping ibubapa tidak risau anak mereka berada dimana. Kalau mereka terlampau bising, tegurlah dengan berhikmah dan jangan marah-marah. Budak-budak kecik, kalau dipukul sekali pun, mereka tetap akan jadi budak kecil dan bukan jadi dewasa. Bersabarlah.

0 expression:

Post a Comment