Aku bangun pagi2 ni sebab tak leh tido. Haish.
Anyway, aku usha la blog2 tengok apa best untuk dikupas. Beberapa minggu lepas aku terserempak dengan isu Syiah dalam Malaysia yang ditindas hak asasi mereka. Aku cucuk sikit je, ramai respon negatif dan terus pasang lebel aku sokong Syiah. Yeah... Orang Malaysia kuat merentan dan meroyan. Tu belum masuk melabel lagi. Bullshit.
Aku tak boleh nak ubah mentaliti orang Melayu. Tambah-tambah bila dalam keadaan aku macam ni. Macam ni maksudnya belum grad dan masih hingusan. Aku sokong isu pendidikan menjadi tunjang membina mentaliti 2020. Masalahnya sekarang, macam mana nak dapat status negara maju 2020 kalau semua sistem masih banyak kepincangan. Aku peratikan je. Memang ramai yang kritik, tapi hakikatnya mereka kritik, kritik orang bangang. No suggestion at all.
Aku punya hot dengan isu negara maju 2020 ni tak sampai sini je tau. Lepas aku perati yang isu pendidikan ni jadi tunjang pun lepas aku baca buku dari tulisan saudara Zulfikri Zamir. Buku dia yang Dubook Press publish tu la. Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang. Buku dia tu boleh jadi satu 'pembuka mata dan minda' kepada isu yang lebih besar.
Aku follow satu blog ni. Blog ni dah sah-sah pangkah kerajaan. Tapi aku suka dia punya view. View berkaitan dengan isu-isu picisan yang kadangkala ramai terlepas pandang. Cuba tengok dia punya post pasal graduan UiTM ramai mengangur. Aku tak terkejut pun dengan statistik ni. Betul tak terkejut. Statistik mana satu, statistik ni ha.
Kalau peratikan kat bahagian Ijazah tu sahaja ada lebih kurang 41.4% graduan masih tak dapat kerja. Kenapa? Kenapa graduan ijazah UiTM ramai mengangur? Korang boleh rujuk artikel dari Utusan Online ni dan nilaikan la. Tu idea aku yang pertama.
Yang kedua fungsi program mengubah destini anak bangsa atau MDAB. Program ni sebenarnya pada penglihatan aku dah gagal. Gagal mencari pelajar kampung yang susah dan wajib dibantu. Aku sokong kata blogger YONG SUKA KUNING. Dia cakap pelajar dibawah MDAB tu ada juga yang kaya dan anak-anak lord datang UiTM naik Hummer bagai. Bullshit ah!
Ada juga masa tahun-tahun akhir aku kat UiTM Melaka dulu junior dibawah prgram MDAB tu malas belajar. Dah la kelas tak pergi, work tak buat. Ye. Aku nak katakan kat sini sistem pemilihan pelajar untuk program MDAB tu tak telus dan hancur. Mekanisma pelaksanaan perlu banyak dibaiki lagi. Sistem kroni masih lagi berleluasa.
Aku tak suka sebenarnya libatkan UiTM dengan rasisma walaupun hakikatnya ada isu yang aku panggil klise bila sebut pasal UiTM ni. Boleh semak isu PERKASA dengan UiTM ni. Diorang ada idea yang aku rasa boleh pakai gak ni.
Aku masih rasa sebenarnya UiTM ni beri peluang kedua untuk para pelajarnya terutama Melayu untuk sambung belajar dan berjaya menjadi insan yang boleh membangunkan negara. Tapi hakikatnya mentaliti Melayu memang susah nak ubah. Itu hakikat.
Melayu Malas.
Tu terma yang popular aku guna untuk gambarkan Melayu-melayu yang bodoh dan egois. Itu sudah pasti. Kerja kerajaan makan gaji dan pencen pun malas. Banyak je contoh masa aku kerja LHDN dulu. Melayu dah duduk dalam comfort zone. Pemalas saje. Kerja kerajaan sebenarnya underpaid. Tu hakikatlah. Tapi aku tengok ramai bila dah dapat kerja kerajaan tu dah macam 'wah, akulah paling beruntung dalam dunia'. Tak payah laaa... Tak da apa nak banggakan. Kerja banting tulang lepastu underpaid. Tapi kalau rasa dah macam tu, memang korang takda anjakan paradikma untuk maju kehadapan dan berusaha lebih kuat untuk bersaing dengan kaum lain dalam Malaysia.
Well, no one realize it. Aku share kat FB, Twitter, Instagram semua isu ni tak popular. Mungkin anak muda kita lebih gemarkan Kpop, Justin Bebal, awek hot, jejans hot dan isu-isu yang pada aku remeh. Blurgh! Mentaliti tu....
0 expression:
Post a Comment