Artikel ini dibuat untuk tugasan subjek Media Law individu. Buku ni ditulis oleh Mohd. Safar Hashim pasal Che Det degan Akhbar masa pemerintahan dia. Aku letak kat sini supaya orang lain boleh baca dan share. Mana lah tahu senang untuk diorang buat assignment. Boleh jadikan panduan.
**************************************************
Pengenalan
Telah menjadi tanggungjawab seorang pemimpin untuk berlaku adil
terhadap rakyatnya. Pemimpimpin tersebut haruslah berwibawa dan berani untuk
menegakkan apa yang dirasakan betul walupun dihujani dengan pelbagai tomahan
dan tuduhan dari pelbagai pihak. Buku ‘Mahathir dan Akhbar’ hasil penulisan dan
kajian saudara Mohd Safar Hasim ini adalah cara yang terbaik untuk menjawab
pelbagai persoalan mengenai isu-isu dalam hal-hal penerbitan akhbar.
Buku yang
diterbitkan pada tahun 1996 dari Utusan Publication ini menerangkan mengenai
peraturan undang-undang penerbitan seperti Akta Mesin Cetak 1984 dan beberapa
peristiwa yang menyebabkan akta tersebut dipinda beberapa kali demi memastikan
negara Malaysia kekal harmoni. Justifikasi yang diberikan dalam buku ini cukup
jelas dan kukuh mengenai rasional
penggubalan akta-akta dalam media arus perdana yang harus dipatuhi oleh
pengamal media.
Penulis Mohd.
Safar Hasim menjadikan ikon perdana menteri Malaysia ke-empat pada ketika itu
dikenali dengan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad sebagai pemimpin yang
berwibawa dan berani membawa beberapa pembaharuan dalam bidang media arus
perdana. Peratuan dan polisi kerajaan digubal supaya perkara seperti 13 Mei
1969 dan beberapa perkara lain yang mampu menggugat keharmonian rakyat Malaysia
diletak sebagai keutamaan pemimpin ini.
Selain itu, buku
ini juga sedikit sebanyak menjadi titik rujukan kepada pengamal media seperti
wartawan terutamanya mengenai kepentingan dan tanggungjawab mereka sebagai mata
dan telinga rakyat. Pengamalan pihak penerbit untuk ‘self-censorship’ turut
diamalkan oleh mereka semata-mata mereka bersama-sama menyokong kerajaan dalam
mengekalkan keharmonian dan kestabilan masyarakat majmuk di Malaysia tercinta
ini.
Peranan Akhbar Dalam Senario Malaysia.
Akhbar dalam negara Malaysia seperti disebut dalam buku ini telah
jelas menunjukkan bahawa Malaysia tergolong dalam model tanggungjawab sosial
yang lebih memberatkan mengenai rakyat. Mantan perdana menteri Malaysia, Tun
Dr. Mahathir pernah memberikan pendapat beliau mengenai teori kewartawanan yang mana Malaysia mengamalkan tanggungjawab
sosial sebagai tunjang dan topik utama dalam melaporkan sesuatu berita.
Walaubagaimanapun,
teori tanggungjawab sosial tersebut bukanlah sesuatu yang sempurna dan terbaik
diamalkan dalam Malaysia tetapi ia adalah yang paling sesuai buat masa ini
digunakan. Ini kerana semenjak dari zaman awal sejarah penerbitan di Malaysia,
kita dipengaruhi oleh unsur-unsur luar yang sedikit sebanyak mempengaruhi cara
dan pembawakan laporan berita.
Dalam topik
“Pemperibumian Sistem Akhbar Malaysia” adalah suatu titik permulaan untuk
mengubah system penerbitan di Malaysia. Ini kerana kebanyakkan ilmu, stail dan
cara yang digunakan dalam melapor sesuatu berita itu sedikit sebanyak
dipengaruhi barat. Dengan erti kata lain, minda wartawan telah diacu oleh
barat.
Dato, Seri Dr.
Mahathir Mohamad selaku perdana menteri Malaysia pada ketika itu memberi
cadangan bahawa kita seharusnya mempunyai cara kita sendiri dalam melaporkan
sesuatu berita. Ini kerana Malaysia sendiri popular dan mengamalkan atur cara
dan adat resam ketimuran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Barat sendiri
tidak faham dan mengakui mereka tidak
mempedulikan sensitiviti terhadap semua kaum dalam Malaysia ini mana mungkin
ideology mereka dapat diterima dalam Malaysia. Selaras dengan itu, Dato’ Seri
Dr. Mahathir sendiri mengunjurkan bahawa Malaysia harus mempunyai identiti
sendiri dalam melaporkan sesuatu berita selaras dengan budaya dan adat resam
penduduk di Malaysia.
Akhbar Secara Global dan Malaysia
Seperti kata Dato’
Seri Dr. Mahathir pada ketika itu yang mana beliau mengatakan bahawa barat
sememangnya mencari peluang untuk menjajah secara halus selepas diketahui
ketidak releven untuk menakluk secara fizikal seperti dilakukan pada era
colonial dahulu. Mereka sedar bahawa untuk menguasai sesuatu, mereka perlu
lebih kreatif dalam mengatur langkah yang lebih dikatakan selamat.
Penjajahan masa
kini yang nampak jelas ialah melalui media massa yang mana kesannya lebih mendalam
terhadap pemikiran anak-anak muda. Kes memburuk-burukkan Malaysia seperti kes
Empangan Pergau di Kelantan dan pembukaan Kilang Aluminium jelas memberi kesan
terhadap imej negara luar terhadap Malaysia. Dato’ Seri Dr. Mahathir sedar akan
perkara ini dan telah menggubal beberapa polisi yang difikirkan sesuai untuk
diamalkan dalam Malaysia.
Barat melabel
dunia dengan gelaran dunia pertama diberikan kepada barat untuk menunjukkan
mereka adalah negara yang maju di persada dunia dan meletakkan dunia kedua sebagai
negara-negara komunis dan negara dunia ketiga terdiri daripada negara-negara
membangun. Persoalan yang timbul disini, siapakah mereka untuk melabel dan
memecahkan dunia sehingga begitu sekali? Lebih mengejutkan, media-media barat
sendiri telah membentuk satu pemikiran dalam kalangan pembacanya bahawa mereka
adalah yang terbaik diantara terbaik.
Perkara ini turut
dikongsi oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir ketika dalam sesi lawatan beliau ke
negara barat yang mana amalam bias dan berat sebelah media barat ditunjukkan
secara jelas. Tiada liputan yang dilakukan oleh media barat ketika beliau dalam
sesi lawatan kerja di negara barat. Bahkan ucapan beliau dalam Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu turut tidak diendahkan disiarkan dalam mana-mana media
arus perdana. Ini jelas membuktikan yang media-media barat berat sebelah. Sikap
sesetangah wartawan yang ‘pilih bulu’ inilah yang ingin ditekankan oleh Dato’
Seri Dr. Mahathir adalah tidak patut dilakukan oleh mana-mana wartawan kini.
Pada muka surat 57
dalam buku ini, penulis berpendapat bahawa media barat ditungganggi oleh
ideologi Yahudi untuk mengawal dunia. Ini ditunjukkan dengan serangan secara
halus negara barat dalam usaha memburuk-burukkan negara Arab dan Islam
termasuklah Malaysia. Mereka dilabel sebagai tidak berperinsip dalam mentadbir
sesebuah negara.
Kesimpulannya.
Jelas disini bahawa ideologi yang ingin dibawa oleh Tun Dr.
Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia ke empat adalah semata-mata untuk
menjaga kestabilan ekonomi, sosial dan politik secara amnya. Pembentukkan
pemikiran rakyat Malaysia tidak semestinya mengikut unjuran barat yang
sememangnya tidak sesuai diamalkan dalam Malaysia.
Penggubalan Akta
Mesin Cetak 1948 yang mana isinya memberi lessen penerbitan atas budi bicara
kementerian dalam negeri adalah rasional. Akta Keselamatan Dalam Negeri yang dikatakan
menindas segelintir pihak yang inginkan kebebasan bersuara sedikit sebanyak
diberi penjelasan terperinci dalam buku ini. Pelbagai peristiwa yang dikongsi
oleh penulis pada era pemerintahan Tun Dr. Mahathir dahulunya telah dijadikan
contoh untuk dikaji rasionalnya disebalik penguatkuasaan akta-akta tersebut.
NapolĂ©on Bonaparte pernah berkata ‘ four hostile newspaper are more to be
feared than a thousand bayonets’ .
Sesungguhnya
seperti apa yang dikata penulis, setiap yang dilakukan oleh kerajaan itu ada
buruk dan baiknya dan harus diingat bahawa rakyat memberi kepercayaan kepada
kerajaan untuk mentadbir dan menjaga kestabilan negara. Seharusnya rakyat
percaya dan tidak mempersoalkan apa yang dilakukan kerajaan.