Rasanya kita semua dah kena 'game' dengan kerajaan kot. Lantaklah, apa yang kita dengar tu semua hanya khabar angin. Benda belum sahih. Khabar angin berikutnya dikatakan akan berlangsung bulan 9. Ape-apejelah wahai DSNR.
Teringat satu cerita yang diturunkan oleh seorang saudara sepupu. Pada waktu itu sudah hampir-hampir musim PRU tahun 2008. Maka beliau pun pulanglah ke kampung sebelum pilihan raya dijadualkan berlangsung. Masa daftar pemilih dulu pilih tempat kat Bagan Datoh.
Dengan keinginan dan semangat untuk mengundi buat pertama kali, beliau berjalan-jalanlah sekitar kampung termasuklah masjid, kedai-kedai kopi termasuklah kedai jual surat khabar Mak Minah kat tepi padang Selekoh tu. Sembanglah beliau dengan Mak Minah;
"Yim, ko balik kampung ni ape kehainye?"
"Tak da ape Mak Minah. Saje je."
"Usoh le kamu nipu aku. Aku makan garam lagi dulu dari ko. Kalo takda sebab, takkan punyelah ko balik kampung neh. Neh, kerat jari Mak Minah ni kalau tak caye"
Selepas dipujuk rayu dan nyaris-nyaris dicium Mak Minah, beliau pun mengaku. Beliau balik ke kampung untuk survey-survey calon pilihanraya akan datang.
"Kau g la usha kat markas PR dengan BN tu. Kenal-kenal calon kawasan ni. Alah, diorang peramah. Dun wury lah."
"Haaa.... Yer la Mak Minah, Yim pergi la"
Maka dengan berkat informasi Mak Minah bagi, Yim pun pergilah ke Markas BN. Yim memilih untuk pergi ketika berlangsungnya sesi ceramah berbaur hasutan untuk memangkah BN. Tapi Yim dah lambat. Ceramah tu pun dah habis. Maka Yim pun pergilah bertanya kepada sekumpulan orang-orang yang rancak bersembang di sudut khemah itu.
"Assalamualaikum Pakcik Mail. Apa Khabar? Hensem bergaya lemak berkrim nampak. Ape cerr ni?"
"Ohhh. Baru je lepas ceramah ni. Mai la duduk Yim. Kita sembang-sembang."
Yim pun duduk. Dia disapa oleh Pak Meor.
"Kau buat apa sekarang ni Yim?"
"Tengah duduk ni ha pak Meor. Awat?"
"Bukan tu, ko kerja apa sekarang"
"Kerja kerji je Pak Meor"
"Lantak ko le Yim, malas dah aku tanya lagi. Seeeennntaaaap!"
Gelak besar orang-orang di situ dengan gelagat Pak Meor.
Yim memulakan pertanyaan. "Siapa calon PRU kali ni Pak Mail?"
"Halah Yim, mike toksah pikir banyak sangat. Mike pangkah je BN. Calon tu toksah pikir-pikir sangat."
Sentap hati Yim dengan statement laha Pak Mail. Ape dia ingat nak mengundi tu ikut pusat punya manifesto je?
Yim pulang dangan hampa.
Selang beberapa hari, Yim pun pergilah dekat PR punya markas. Mulalah sesi loyar buruk dengan orang kampung. Tapi kali ni dia dapat pengalaman yang berbeza. Apabila ditanya mengenai calon pilihanraya PR, dengan senangnya orang-orang disitu mengenalkan Yim dengan calon itu. Bahkan pada ketika itu, calon berkenaan turut melayan loyar buruk Yim.
"Ni la calon yang makcik ceritakan tadi. Baik orangnya, berbudi bahasa. Dulu pengetua sekolah. Tapi mintak bersara awal sebab nak tolong orang. Ko lepas ni kenalkan la dia kat orang-orang lain. Bukan orang lain pun. Jiran ko jugak."
Berbeza sungguh layanan dari kedua-dua parti politik tu. Rasa-rasanya lepas ni Yim pangkah sapa?