Thursday, 21 February 2013
Isu kontemporari industri buku alternatif / indie Malaysia
Ahad ini akan berlangsungya satu forum yang aku 80% insyaallah akan hadir. Forum itu dianjurkan Frinjan (Aku tak tahu pula apa maksud ni tapi dia kumpulan aktivis seni yang dapat dana dari kerajaan negeri). Forum ini berlangsung di Rumah Titi (Aku tak tahu dimana setakat ini). Ya, Ahad ini bersamaan 24 januari 2013 atau 14 Rabiul Akhir 1434 Hijrah. Sehingga saat post ini dinaikkan, tidak pula aku kesah tajuk forum ini mengenai apa tetapi topik yang diunjurkan sangat menarik. Topik mengenai buku-buku indie. Ahli panel terlibat yang telah sepakat untuk berforum adalah Cik Mary, Brader Luca, dan En. Zoul. Siapa mereka? Mereka adalah individu yang sayangkan buku. Aku tak kenal mereka. (serius)
Aku terpanggil untuk mengikuti perkembangan buku indie dalam tahun 2011 kalau tak silap. Semua itu bertitik tolak dari satu forum yang dianjurkan oleh para pelajar semester 5 dari 'sequence' Penerbitan. UiTM Shah Alam. Senior aku buat forum ni sangat terbaik. Topik yang dibincangkan adalah 'kacau bilau bahasa dalam karya kreatif'. Antara ahli panel yang terlibat ada tiga orang panel didalamnya iaitu Mohd Saufy Nizar aka Luca (entah betui ke idok si Luca, tak ingt), Khaidir Ahmad, Norzailina Nordin. Disitu aku mula kenal dengan Dubook Press.
Dalam forum yang aku kira tidak membuat ramai yang tertidur itu sangat padat dengan fakta dan perkongsian pengalaman oleh ketiga-tiga ahli panel. Bagi aku yang acah-acah nak masuk dalam industri buku, forum ini adalah yang terbaik untuk aku merapatkan diri dengan industri. First time aku jumpa orang yang bergitu drastik dan berani mengutarakan pendapat yang aku kira hebat. Aku mengakui kerana apabila dia berucap, dia mesti akan menimbulkan perasaan
"Ish, patut ke dia kritik macam ni?"
"Dia ni mulut lazer, cakap lepas je"
Ya. Dialah Luca.
Berbalik semula dalam isu seperti tajuk, aku kira-kira forum yang Frinjan anjurkan itu adalah kerana Cik Mary itu telah mengkritik industri buku indie dalam blognya. Mula-mula aku tidak ambil serius sehinggalah Lejen Press dan Aisa Linglung ber'tuit' dengan lancangnya mengenai blog yang sedikit kontroversi. Post yang aku maksudkan kat sini
Aku kira bukan kerana Cik Mary ini sendiri yang membuatkan Frinjan menganjurkan forum, mungkin juga teori aku mengatakan mengenai isu buku Fixi yang tidak dapat diterima untuk dijual dalam beberapa rangkaian buku POPULAR dalam Malaysia sehingga timbul isu seperti terdapat di laman web Fixi. Kalaulah cerita buku Fixi yang di 'gam' oleh POPULAR tu tidak besar mana, tak mungkin Fixi akan naikkan post yang mengatakan POPULAR tidak balas e-mail mereka mengenai isu itu. Tetapi akhirnya terjawab juga oleh POPULAR selepas beberapa lama e-mail tidak dibalas. Untuk ketahui lebih lanjut mengapa buku Fixi di'gam', boleh usha sini.
Rentetan daripada itu, timbul pula pendapat dari seorang yang aku kira 'otai' dalm industri buku dalam Malaysia ini iaitu Pn. Ainon dalam blog UniversitiPTS mengenai status buku Fixi yang tidak diterima oleh POPULAR
Perhatikan komen pertama dalam UniversitiPTS itu. Tertulis nama pengkomen tersebut sebagai saudara Nami. Aku tahu dia adalah penulis untuk Lejen Press yang berjaya membuktikan kebebasan berkaryanya dengan jualan buku-buku beliau. Maka aku pun membuat sedikit intipan atau dengan kata ilmiahnya, kajian terhadap pendapat beliau mengenai industri buku indie ini. Hasilnya, Nami memang mempunyai pendapat tersenderi yang pada aku memang bernas dan tepat. nak baca lebih lanjut, boleh terus ke blog dia.
Selain itu, aku juga terjumpa pendapat seorang yang aku rasa boleh sangat dipakai. Pendapat dia mengenai industri buku indie ini. Boleh rujuk blog Blitzenius
Kini tiba masanya aku mengemukan pendapat aku sendiri.
Kenapa isu ini timbul?
1. Bahasa yang digunakan dalam karya indie/ alternatif.
Bagi sesiapa tidak tahu perkataan 'indie' terlebih dahulu buat research pasal ini kerana aku malas nak kabor.
Aku gemarkan buku Lejen Press sehinggakan aku beberapa kali bersembang dan berinterview dengan Abang Aisa Linglung. Dia merupakan orang kuat Lejen Press. Aku jumpa dia rasa-rasanya empat kali. Pertama kali mengenai urusan tugasan subjek 'Economics of publishing' dengan 'Editorial Management'. Itu merupakan kali pertama. Kali kedua tidaklah formal sangat. Masa itu menolong AJK Majlis SIKAP2012 untuk event mereka. Perjumpaan kami hanya sekejap di Unisel Seksyen 7 Shah Alam. Kali ketiga di Majlis Sikap2012 di UiTM Merbok, Kedah dua hari. Tapi pada masa itu aku lebih mengenali bini beliau, Cikgu Vee kerana Cikgu Vee jaga booth. Jumpa Aisa pada hari kedua masa kami hendak balik. Kali keempat sewaktu menunggu Cikgu Vee atas urusan seorang 'sahabat' mahu bermain violin.
Pertemuan kali itu adalah paling sempoi kerana Abang Aisa sendiri bercerita pada aku apa yang berlaku dalam industri buku Malaysia kini. Dari timbulnya 'tsunami' industri buku alternatif sehingga aku berkongsi pengalaman kena hentam dalam kelas selepas 'presentation' untuk subjek 'Editorial Management'.
Kesemua berkisar mengenai isu bahasa. Buku indie dah tak terlampau indie sekarang. Kalau indie betul, diorang boleh tulis apa yang disuka tanpa perlu ditapis. Tapi sekarang buku indie lebih dikenali dengan nama yang lebih sopan iaitu 'alternatif'. Buku alternatif adalah buku-buku yang tidak masuk dalam pasaran 'mainstream' seperti buku dalam kumpulan buku Karangkraf dan sebagainya. Mungkin dicetak dalam kuantiti sikit seperti Buku Hitam press, atau sebagainya.
Aku tidak nafikan dalam buku cetakan pertama mereka terdapat banyak kesalahan ejaan, penggunaan tatabahasa yang tidak betul dan sebagainya. Tatapi mereka semakin hari, semakin memperbaiki kualiti buku mereka. Tidak kira dari segi bahasa atau muka depan. Semua beridentiti.
Apa kita sendiri menggunakan bahasa baku bila berkomunikasi dengan kawan sehari-harian seperti yang dilakukan aktivis bahasa kini? Pandangan saudara Nami ada juga betulnya. Siapa yang mengklasifikasikan bahasa kepada Bahasa Melayu Tinggi, Bahasa Melayu Rendah atau Bahasa Melayu Sampah?
2. House Style alternatif.
Kepada mereka yang tidak biasa dengan 'jargon' atau istilah teknikal dalam industri media, agak payah untuk memahami istilah 'house style'. Istilah tersebut merujuk kepada penggunaan gaya bahasa, penyampaian dan rekabentuk sesuatu karya. Dengan kata lain kita boleh panggil sebagai format yang tertentu yang membezakan identiti sesuatu karya dengan yang lain. 'House Style' ini secara tepat diguna untuk syarikat penerbit tetapi penulis juga mungkin ada 'house style' sendiri.
Apa yang aku ingin sampaikan disini adalah penggunaan bahasa berunsur makian, carutan dan kata-kata kesat yang tidak boleh diterima oleh masyarakat itu mungkin 'house style' mereka sebagai syarikat penerbit.
3. Isi kandungan.
Aku tertarik dengan apa yang dikatakan Cik Mary dalam blog beliau mengenai masalah isi buku tersebut. Dia mengulas mengenai buku yang tidak sesuai dibaca oleh golongan kanak-kanak yang mudah terpengaruh dengan gejala sosial dan sebagainya.
Contohnya disini seperti buku KELABU daru Fixi yang intipatinya sedikit mengunjur kearah LGBT. Buku Kontrol Histeria dari Lejen Press pula melibatkan cara pembunuh membunuh dan menyiksa mangsanya dengan kejam.
Kedua-dua buku ini mengandungi isi yang tidak sesuai dibaca oleh kanak-kanak mahupun remaja. Mungkin kerana takut dipengaruhi? Mungkin.
Tapi kalau ikutkan sekarang, gejala sosial banyak dipengaruhi pelbagai faktor. Takkan kita perlu menuding jari kearah buku alternatif? Apa peranan ibubapa? Apa peranan kedai buku? Apa kedai-kedai buku tersilap mengklasifikasikan buku-buku mereka?
Ini realiti sekarang. Nak salahkan siapa? Habis buku-buku 'mainstream' yang ada unsur perceraian, gangsterisma, cinta tiga segi atau main kayu tiga itu elok dimata masyarakat?
4. Galak membaca.
Abang Aisa pernah berkongsi dengan aku tentang bos Kedai Buku 1 Malaysia datang menemuinya atas urusan perniagaan, dia bercerita mengenai tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia kini semakin meningkat. Dahulu mereka tidak pernah melihat lelaki yang berpakaian 'rock' dan sedikit tidak bertamadun memasuki kedai buku dan membeli buku. Kini senario telah berubah. Ramai dari kalangan lelaki sedikit sebanyak telah banyak membaca termasuklah aku.
Kenapa aku suka membaca? Kerana bahan bacaan sudah ada banyak pilihan. Untuk memupuk minat membaca pada awal aku disogok dengan cerita dari buku alternatif kemudian semakin aku tua, aku mempunyai kesedaran sendiri untuk mencari buku yang lebih ilmiah. Aku tidak pernah habis membaca novel, tapi alhamdulillah kini aku mampu untuk membaca habis novel.
Banyak faktor kenapa orang suka membaca. Kualiti buku, kertas, saiz font, reka letak yadayadayada. Tapi yang penting, kita suka membaca.
Kesimpulan
Kita tidak perlu terlalu cepat menghakimi sesuatu kerana industri buku kini sedang berevolusi dan banyak cacatnya. Kalau sayangkan buku, marilah bersama-sama membantu meningkatkan kualiti buku dalam Malaysia. Berikan ruang sedikit untuk rakyat Malaysia mencerna isi dari barisan buku alternatif Malaysia. Bak kata penulis Tamar Jalis dalam bukunya, "belajar agama dahulu sebelum belajar ilmu lain, dengan itu kita dapat membezakan mana baik dan mana buruk". Pendapat dari rakyat marhain yang takda degree atau PHD.
Subscribe to:
Posts (Atom)